berita

Bella Astillah Kongsi Kenangan Naik Motor Dalam Hujan Dengan Bekas Kekasih, Reaksi ‘Cemburu’ Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

June 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi cerita tentang kenangannya bersama bekas kekasih di hadapan suaminya, Aliff Aziz. Perkongsian tersebut didedahkan ketika Bella dan adik beradiknya sedang bermain permainan Truth or Dare bersama Aliff.

Kau batu api

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bella, Aliff telah memilih satu kad soalan yang perlu dijawab secara jujur oleh Bella. Soalan tersebut adalah ‘Ceritakan kenangan bersama bekas kekasih yang masih tak dilupakan’. Bella pada mulanya kelihatan enggan menjawab soalan tersebut namun, dipaksa oleh adiknya iaitu Didi Astillah. Menurut Didi, kakaknya harus berkongsi sekurang-kurangnya satu kenangan secara ringkas sahaja.

Adalah naik motor dalam hujan-hujan.

Bagi menjawab soalan yang diajukan kepadanya, Bella menceritakan pengalaman yang paling diingati sehingga sekarang adalah detik mereka naik motor bersama ketika dalam hujan. Mendengar jawapan daripada Bella, netizen mendakwa wajah Aliff kelihatan cemburu dan ‘panas’ dengan perkongsian tersebut.

Nak tengok giliran Aliff pula

Terdahulu, Aliff pernah terpalit dengan kontroversi curang, bergaduh dan bercerai dengan isterinya iaitu Bella Astillah. Namun, pasangan tersebut sudah kembali rujuk dan tinggal bersama. Aliff juga berjanji bahawa dia akan menjadi suami serta ayah yang baik buat Ayden dan Ara Adreanna.

Sumber: Bella Astillah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×