Pelakon Bella Dowanna mendedahkan punca berat badannya naik secara mendedak sebelum ini.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersedia Bawa Watak Wanita Melayu Terakhir Bila Sudah Kurus Nanti’ – Bella Dowanna

Berat naik sebab ubat

Bella atau nama lengkap Qystinna Istajibilla Dowanna Halim, berkata, perubahan fizikal yang dialami bukan kerana tuntutan watak atau gaya hidup, sebaliknya kesan ubat yang diambil selepas mendapatkan rawatan di klinik.

Menurut aktres itu, dia mendapatkan rawatan selepas digigit serangga ketika menjalani penggambaran sebuah drama.

Ada sebab kenapa hari itu saya gemuk, bukan sebab karakter. Sebenarnya saya ada ekzema yang teruk sejak kecil.

Ketika saya shooting drama Lagenda Putri Kasih, saya digigit seekor serangga. Saya tidak pasti apa yang mengigit.

Saya pergi sampai tiga buah klinik dan dapatkan suntikan. Klinik beri ubat untuk saya makan, ada lima jenis ubat yang saya kena makan tiga kali sehari.

Tambah Bella, dia tidak menyedari ubat yang diambil itu mengandungi steroid kerana doktor tidak memaklumkan kepadanya.

Tanpa saya tahu bahawa ubat-ubat yang saya makan tersebut mengandungi steroid. Doktor tidak beritahu ada steroid, dia cuma maklumkan selera makan saya akan naik.

Saya pun tidak perasan badan semakin naik. Paling ketara di bahagian muka, muka jadi bulat. Saya ada juga terfikir, saya tidak lah makan dalam kuantiti yang banyak setiap hari.

Sumber: TikTok