Pempengaruh media sosial dan usahawan, Bella Park berasa terkilan apabila dituduh suka menghasilkan content menunjuk-nunjuk di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Park Tak Sedar Sedang Hamil – ‘Naik Unta, Main Roller Coaster & Lari Dalam Guni Tapi Allah Jaga Kandungan’

‘Suka buat content menunjuk’

Menurut Bella atau nama sebenarnya Nurul Nabila Zolkepli, kandungan yang dihasilkan memberi manfaat kepada orang ramai selain membuka ruang pengetahuan.

Allahuakbar busuknya hati. Saya buat video untuk kemudahan orang ramai. Asbab video ini ramai boleh tengok.

Saya menunjuk tang mana? Kalau ditakdirkan anak saya meninggal pun kembali pada Allah juga, syurga tempat dia.

Kenapa risau? Milik kita bukan hak kita semua, Allah punya.

Terdahulu, Bella berkongsi kepada umum mengenai sebuah hospital yang menawarkan pakej bersalin.

Bagaimanapun video tersebut menerima reaksi yang negatif apabila seorang individu mendakwa Bella gemar membuat content yang menunjuk-nunjuk pada khalayak ramai.

Dakwanya, walaupun tarikh jangkaan bersalin Bella belum tiba namun dia sudah berangan tentang pelbagai perkara.

Sumber: Threads