
Mencari rumah idaman bukan sekadar tentang batu bata atau susun atur bilik. Ia adalah tentang ‘rasa’, rasa tenang bila melangkah masuk, rasa bangga bila melihat halaman sendiri dan rasa puas bila semuanya serasi dengan gaya hidup yang diinginkan.
Tapi dalam lambakan listing dan deretan showroom, tak semua mampu buat hati terpaut.
EcoWorld faham bahawa rumah bukan sekadar tempat berteduh. Ia adalah cerminan gaya hidup, aspirasi dan warisan masa depan.
Maka lahirlah Koleksi Ikonik Eksklusif EcoWorld, khas untuk masa terhad yang menampilkan projek-projek paling ikonik EcoWorld untuk mereka yang menghargai keseimbangan antara keanggunan, fungsi dan nilai jangka panjang.
Kediaman eksklusif dengan konsep ‘Curated for the Discerning Few’
Setiap inci kediaman direka dengan teliti dan setiap perjalanan pemilikan dipandu secara profesional dan peribadi.
Daripada sesi viewing show unit yang tenang dan eksklusif, sehingga ke keistimewaan awal untuk pemilik terawal, setiap langkah terasa tersusun dan bermakna.
Kalau selama ini korang tertanya-tanya bila masanya nak miliki rumah yang benar-benar kena dengan jiwa, inilah saatnya.
Eco Ardence
Perbandaran pegangan bebas seluas 533 ekar dengan akses strategik ke NKVE, Federal Highway, ELITE dan Guthrie Corridor Expressway.
Luna @ Eco Ardence
Apartment Servis 3-kunci (550–900 kaki persegi), lengkap dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air, separa berperabot atau lengkap*.
Diurus oleh pakar sewaan jangka pendek terbesar Malaysia dan terletak bersebelahan Mellow Park dengan akses ke kemudahan gaya hidup.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/9m0euf untuk menghubungi wakil jualan Eco Ardence bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Ember @ Eco Ardence
Rumah kluster Semi-D dengan 5 bilik tidur dan 4 hingga 5 bilik air dengan taman sisi 10 kaki, sistem keselamatan 5 peringkat, rumah kelab eksklusif dan kemudahan rekreasi lengkap.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/18pf6s untuk menghubungi wakil jualan Eco Ardence bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eco Sanctuary
Perbandaran seluas 308 ekar, berpagar dan berpengawal dengan sambungan ke KESAS, LKSA, ELITE dan SKVE. Dikelilingi kawasan matang seperti Kota Kemuning, Subang dan Puchong.
Eden Kondominium @ Eco Sanctuary
Kediaman kondominium Eden bertemakan resort (1,065–1,200 kaki persegi), dengan 3–4 bilik tidur dan 2 bilik air, lengkap dengan 2 bilik air serta dua parkir sisi. Hanya 294 unit eksklusif dan 28 fasiliti mewah.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/35954w untuk menghubungi wakil jualan Eco Sanctuary bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eden Co-Home @ Eco Sanctuary
Rumah satu tingkat bersaiz 1,056–2,105 kaki persegi dengan sehingga 5+1 bilik tidur dan 4 bilik air disertakan dengan 2 – 4 parkir sisi. Semua bilik boleh muat katil queen.
Dengan hanya 107 unit, persekitarannya juga dilengkapi 28 fasiliti bertaraf resort dan ruang terbuka yang lapang.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/xq5zuq untuk menghubungi wakil jualan Eco Sanctuary bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Se.Ruma @ Eco Sanctuary
Apartment Servis 3-kunci separa berperabot ataupun lengkap* dengan akses terus ke Se.Ruma Square dan kemudahan ”sky” fasiliti seperti kolam renang, gim, dan kawasan BBQ.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/qksqv5 untuk menghubungi wakil jualan Eco Sanctuary bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eco Grandeur
Perbandaran berpagar dan berpengawal dengan akses ke DASH, LATAR, Guthrie Corridor Expressway dan NKVE.
Eco Grandeur menawarkan persekitaran berkonsepkan kehijauan dengan kediaman yang selamat dalam komuniti berpagar, kejiranan berketumpatan rendah serta pelbagai kemudahan gaya hidup moden.
Norton Garden @ Eco Grandeur
Garden Homes bersaiz 32 kaki x 65 kaki, keluasan bermula dari 2,090–2,258 kaki persegi, 4 bilik tidur dan 3 bilik air, taman sisi peribadi 10 kaki dan kemudahan komuniti lengkap.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/2pa5tu untuk menghubungi wakil jualan Eco Grandeur bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Wellington Garden @ Eco Grandeur
Terrace Homes bersaiz 18 kaki x 65 kaki dan Garden Homes bersaiz 24 kaki x 55 kaki dengan 4 bilik tidur + 3 bilik air
- Rumah berpagar dan berpengawal, dikelilingi taman linear seluas 15 kaki dan mempunyai pelbagai fasiliti kemudahan seperti gimnasium, dek BBQ, dewan komuniti, gelanggang serbaguna dan taman permainan.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/n5nn2l untuk menghubungi wakil jualan Eco Grandeur bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eco Majestic
Perbandaran strata seluas 1,089 ekar dengan sistem keselamatan 6 peringkat. Terletak berhampiran MRT & KTM Kajang, serta dikelilingi 300 premis komersial.
Cheerywood @ Eco Majestic
Fasa terakhir rumah teres 2 tingkat. Dari Park Homes (2 bilik tidur, 3 bilik air), Classic Homes (4 bilik tidur, 3 bilik air) hingga Garden Homes (5 bilik tidur, 4 bilik air) keluasanya bermula dari 1,553 – 2,530 kaki persegi dengan 1.7 ekar kawasan taman eksklusif untuk penduduk sahaja.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/8526eg untuk menghubungi wakil jualan Eco Majestic bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Riang D’ Eco Majestic
Apartmen Servis 1,000 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Dekat dengan Jaya Grocer, Guardian, Mr DIY, Eco Majestic City Park dan akses mudah ke lebuhraya.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/qhncku untuk menghubungi wakil jualan Eco Majestic bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Eco Forest
Perbandaran strata pegangan bebas seluas 515 ekar, hanya 3 minit ke Universiti Nottingham dan 10 minit ke Broga Hill.
BirchPark @ Eco Forest
Koleksi akhir Artisan Homes, Garden Homes dan Co-Homes di Eco Forest dengan ruang belakang 20 kaki dan sistem kawalan keselamatan. Pilihan sehingga 4 parkir kereta*.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/djyg0v untuk menghubungi wakil jualan Eco Forest bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Se.duduk D’ Kajang
Perbandaran menegak seluas 6.92 ekar dengan sistem keselamatan 24 jam dan akses mudah ke MRT, KTM dan IOI City Mall.
Se.duduk D’ Kajang
Apartment Servis 1,000 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Lokasi strategik berdekatan dengan kedai seperti Chef Kecik Café dan Jaya Grocer.
Klik pautan WhatsApp ini https://wa.link/3anq9e untuk menghubungi wakil jualan Se.duduk D’ Kajang bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Ini sebab kenapa berbaloi untuk dapatkan kediaman korang sekarang masa Koleksi Ikonik Eksklusif EcoWorld ni?
- Direka eksklusif: Koleksi kediaman yang diilhamkan untuk gaya hidup sebagai sebagai keutamaan
- Terhad untuk masa tertentu: Kempen berlangsung dalam tempoh yang singkat sahaja
- Pengalaman pemilikan peribadi: Pratonton dan keistimewaan eksklusif menanti anda
- Keistimewaan Awal*: Nikmati peluang awal untuk memiliki kediaman pilihan anda
EcoWorld bukan sekadar rumah
Selama lebih sedekad, EcoWorld bukan sekadar membina rumah – EcoWorld membina komuniti. Fokus pembangunan berteraskan lima tonggak utama yang membentuk ekosistem kehidupan menyeluruh:
• Eco Townships – Perbandaran hijau yang menyokong kehidupan seimbang
• Eco Rise – Hartanah bertingkat moden dengan keselesaan bandar
• Eco Hubs – Ruang komersial yang menggiatkan komuniti
• Eco Business Parks – Taman perindustrian yang mampan dan berinovasi
• QUANTUM – Solusi pintar untuk industri teknologi tinggi dan pusat data
Koleksi Ikonik Eksklusif EcoWorld di seluruh Lembah Klang hari ini
Singgah ke mana-mana EcoWorld Sales Gallery berhampiran atau layari laman rasmi EcoWorld untuk ketahui lebih lanjut.
Ini masa anda. Tingkatkan gaya hidup korang dengan Koleksi Ikonik Eksklusif EcoWorld.
Ikuti media sosial EcoWorld di Facebook dan Instagram.