Pelakon dan penyanyi Tissa Biani masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan anak pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani iaitu Dul Jaelani meskipun hubungan cinta sudah memasuki lima tahun.

Artikel Berkaitan: Anak Ahmad Dhani Lamar Kekasih Di Itali, Fazura Tumpang Gembira – ‘MasyaAllah, Congratulations You Two’

Belum masa lagi

Menurut Tissa, 23, dia dan Dul mahu memberikan fokus kepada kerjaya mereka dalam bidang seni.

Belum masanya untuk saya berkahwin kerana masih mahu memberikan fokus kepada kerjaya.

Bukan juga tentang faktor umur yang masih muda tetapi saya dan Dul memang mahu fokus dengan kerja.

Pemilik nama Tissa Biani Azzhra juga berkata dia terburu-terburu untuk menamatkan zaman bujang di usianya yang masih muda.

Bagi saya tidak perlu terburu-buru untuk berkahwin. Buat masa ini memang mahu fokus pada filem dan muzik sahaja.

Tissa berkata demikian seujurus usai tayangan perdana filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih yang diadakan di TGV KLCC, pada Rabu.

Profesional bekerja

Dalam pada itu, ditanya adakah pernah timbul rasa kebimbangan untuk berkahwin selepas berlakon dalam filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih, jawab Tissa dia tidak pernah campur aduk urusan kerja dengan peribadi.

Pasti setiap manusia punya pengalaman masing-masing. Kalau ini hanyalah sebuah cerita filem dan kalau saya secara peribadi tidak pernah memasukkan apa yang ada di filem ke dalam urusan kehidupan saya.

Jadi, saya selalu profesional sahaja. Apa diceritakan filem biar menjadi cerita filem. Tidak pernah ada yang saya rasa, oh nanti kalau saya seperti ini bagaimana?

Filem Dilanjutkan Salah Disudahi Perih diedar oleh Horizon Film Entertainment mengisahkan perceraian talak tiga pasangan muda berkahwin hingga mencari ‘cina buta’ sudah ditayangkan sejak 2 Oktober.

Filem bergenre komedi drama kekeluargaan ini menampilkan Kevin Ardilova Sebagai Darian, Mikha Tambayong Sebagai Alfa, Tissa Biani Sebagai Intan, dan Ibrahim Risyad Sebagai Zainun.