Sedihnya hati kami membaca perkongsian lelaki ini yang sering membantu urusan jenazah secara sukarela. Dalam satu kisah terbaru yang diceritakan individu itu, seorang warga asing mengalami detik paling menyedihkan dalam hidupnya apabila kehilangan bayi yang sedang dikandungkan isterinya dan terpaksa dikebumikan segera.
Namun akibat mengalami masalah kewangan, bapa bayi tersebut cuba mencari pihak yang dapat membantu mereka namun diminta Rm1500 untuk kos urusan jenazah itu. Keadaan itu membuatkan lelaki tersebut bertambah bingung selepas banyak kos telah dikeluarkan ketika rawatan di hospital. Sedihnya!
Bapa warganegara Indonesia
(sekadar gambar hiasan)
Saya nak kongsikan kisah 3 anak syurga yang sudah selamat kami uruskan dari ambil jenazah, dimandi kafan dan hingga lah selesai dikebumikan sekitar 12.00 tengahari tadi. Saya mulakan dengan 2 bayi kembar perempuan yang sangat comel seperti yang anda boleh lihat didalam gambar yang telah saya kongsikan. Maklumat tentang Jenazah 2 anak syurga yang perlukan bantuan untuk diurus ini kami terima sekitar jam 11.00 malam tadi. Pakcik kepada 2 bayi syurga ini telah menghubungi salah seorang dari rakan unit taskforce untuk meminta bantuan.
Maka tamat lah juga impian si ibu dan bapa untuk untuk punya anak ke dua dan ketiga selepas mempunyai anak sulong pertama. Ok untuk kisah bayi syurga lelaki no 2 yang kami uruskan tadi. Saya cerita pula bagaimana Allah swt aturkan kepada kami untuk dibantu. Si bapa adalah seorang warganegara indonesia. Bayi yang kami bantu urus tadi adalah anak ke dua yang telah meninggal dunia.
Meninggal di dalam perut 2 hari
(sekadar gambar hiasan)
Anak pertama keguguran sewaktu kandungan 2 bulan. Anak yang meninggal dunia itu pula adalah anak ke dua yang berusia 9 bulan. Sepatutnya 5 februari adalah due date yang diberi oleh doktor. Beberapa hari sahaja lagi anak pertamanya dijangka akan dilahirkan. Harapan si bapa dan si ibu kepada bayi berusia 9 bulan ini juga musnah sama seperti ibu dan bapa kepada 2 bayi kembar perempuan tadi. 3 hari lalu isteri kepada pasangan indonesia yang juga dikenali sebagai Zulkarnain telah berlaku tumpah darah dirumah.
Apabila kejadian tumpah darah itu berlaku si suami terus membawa isterinya ke hospital tengku ampuan rahimah klang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Si isteri terus ditahan wad selama 3 hari. Dari apa yang dikongsikan oleh si suami kepada saya bayi nya sudah meninggal dunia didalam perut selama 2 hari. Sewaktu bayi itu dikeluarkan si ibu memang sudah tidak sedarkan diri oleh kerana diberi ubat tidur. Jadi apabila keluar sahaja anak itu memang sudah tidak lagi bernyawa.
Meminta kos 1500 untuk uruskan jenazah bayi
(sekadar gambar hiasan)
Selepas mendapat berita anak nya meninggal dunia maka gugur lah air mata seorang bapa yang mengharapkan anak lelakinya dapat membesar didepan mata seperti kita semua. Si bapa seperti hilang arah untuk menguruskan jenazah bayi syurganya itu kerana tidak mempunyai pengalaman. Lalu si bapa cuba memaklumkan kepada seorang rakan baik nya untuk meminta bantu bagi mencari pihak yang boleh menguruskan jenazah anak lelakinya. Rakan nya cuba bertanya kan pula pada pihak ke tiga yang boleh menguruskan urusan jenazah bayi lelaki tersebut.
Kos yang dipinta oleh pihak ke 3 itu adalah berjumlah rm1500. Ini harga cekik darah boleh pergi haji balik hari. Bayi ja kot tapi kos yang diminta itu pula kalah untuk menguruskan jenazah lelaki dewasa walaupun caj untuk warga asing?Agak agak la kalau caj. Jangan la sampai menekan seakan akan tiada perasaan. Harga yahudi beb. Ini bukan soal rakyat indonesia atau rakyat Malaysia.
Sudah beribu tanggung kos di hospital sebab warga asing
(sekadar gambar hiasan)
Ini soal agama islam yang memang dianuti oleh si bapa dan ibu kepada bayi malang tersebut. Kalau warga asing memang kena caj harga beribu ke apa? Jadi lah manusia yang adil dan mampu berfikir dengan waras! Menguruskan jenazah itu kan FARDU KIFAYAH. Dah kenapa dibebankan lagi dengan caj sampai begitu? Masa kecil otak tu mak bapak tertanam sekali jalan dengan uri ke apa hah? Sampai langsung tak boleh berfikir? Harap harap allah swt tu turun kan bala kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap keluarga si anak syurga ini.
Ok kita sambung cerita walaupun saya menulis dalam keadaan tengah marah. Nak dijadikan cerita sewaktu si bapa kebingungan di bilik forensik untuk urusan dokumentasi anak lelakinya. Si bapa terjumpa salah seorang dari rakan unit taskforce dan bertanya cara untuk menguruskan jenazah anak lelakinya. Lalu bercerita lah si bapa kepada rakan unit taskforce saya itu tentang masalah yang sedang dihadapi. Si bapa berkata dari mana hendak beliau cari duit sebanyak rm1500. Sudah la beliau perlu sediakan kos bil rawatan yang dijangka beribu selepas isteri nya keluar dari hospital kerana statusnya adalah warga asing.
Ayah bayi bingung
(sekadar gambar hiasan)
Jadi rakan unit taskforce saya itu telah menasihatkan si bapa untuk bertenang dan menawarkan perkhidmatan kepadanya. Si bapa langsung tidak tahu atau senang saya kata dalam keadaan “BINGUNG”. Tetapi boleh saya katakan situasi bingung ini biasa terjadi kepada semua orang bila berlakunya kematian dalam keluarga anda. Situasi itu tidak pelik kepada kami kerana kami sudah lihat didepan mata beratus kali.
Ketika anda berada dalam situasi bingung ini lah akan ada manusia manusia spesis mencari makan yang akan menawarkan khidmat pengurusan jenazah. Mereka ini menggunakan kata kata manis dengan perwatakan yang warak untuk memancing waris. Masa itu waris tidak akan syak akan diperdaya. Maka itu lah ayat umpan akan digunakan seperti..
“JANGAN RISAU KAMI AKAN BANTU URUS SAMPAI SELESAI”
“HANTAR DULU BAYAR KEMUDIAN”
Bila jerat sudah memakan umpan tugasan pula telah dilaksana. Maka waktu itu lah baru dinyatakan kepada waris jumlah kos caj perkhidmatan yang perlu dibayar. Modus operandi yang biasa diguna pakai oleh banyak pihak pihak yang mengambil kesempatan terhadap waris diluar sana. Bagaimana untuk anda elakkan dari ditipu? Jawapan yang saya kongsikan untuk anda ini mudah.
Ambil tahu mengenai pengurusan jenazah
(sekadar gambar hiasan)
Ambil tahu tentang ilmu pengurusan jenazah dari awal menguruskan kematian hingga selesai dikebumikan. Jika anda berilmu anda tidak akan mudah untuk ditipu. Moral of the story cari lah sebanyak ilmu yang boleh untuk kita jadi kan panduan. Panduan itu pun penting sebagai bekalan untuk kita sendiri. Take noted yer! Ok kita berbalik kepada kisah si bapa yang bernama zulkarnain kematian bayi lelaki nya tadi.
Selepas si bapa dimaklumkan pihak kami sudi membantu untuk menguruskan jenazah anaknya, rakan unit taskforce terus membawa si bapa ke pondok polis dihospital untuk membuat laporan polis tentang kematian bayi lelakinya. Oleh kerana waktu sudah lewat malam kami mengambil keputusan untuk menguruskan jenazah bayi lelaki itu serentak bersama 2 jenazah bayi kembar perempuan pagi ini.
Tenang la wahai anak syurga
(sekadar gambar hiasan)
Pagi ini kami ambil 3 jenazah bayi syurga ini secara serentak menggunakan van jenazah ukvj-02 dibilik forensik untuk disempurnakan dibilik wakaf jannatul fidaus. Dalam keadaan cuaca hujan yang sekejap lebat sekejap renyai. Walaupun habis semua unit sukarelawan basah tugasan kami tetap diteruskan sehingga lah ke tiga tiga anak syurga itu selamat disemadikan dirumah baru. Syukur alhamdulillah..
Buat 3 anak syurga..
UFAIRA QAMELLA BINTI IMAN DANIEL
UMAIRA QALESYA BINTI IMAN DANIEL
AZKA AZKIYA BIN ZULKARNAIN
Tenang lah wahai 3 anak syurga. Bermain main lah kamu dengan tenang ditaman firdausi. Tanggungjawab yang diberi oleh ibu bapa kamu telah pun kami laksana. Semoga ada bahagian pula untuk kami didalam syurga bersama kamu bertiga! Takbirrrr. Mohon share posting ini jika anda rasa bermanfaat!
Sumber : Mr Wan