berita

Belum Sempat Berpantang Dengan Betul, Wanita Diuji Dengan Kehilangan Suami, Anak Hidap Penyakit & Perlu Dibedah

December 16th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada diuji dengan pelbagai dugaan. Namun, kita hendaklah redha dan menerima ketentuan dengan hati terbuka walaupun pahit. Seperti luahan yang dikongsikan wanita ini, sahabatnya diuji dengan hebat apabila bayi kecil ditahan wad kerana penyakit.

Tidak cukup dengan itu, suaminya pula meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak dan darah beku. Kini, dia juga terpaksa ditahan wad kerana demam panas dan asma.

Anak ditahan wad, suami meninggal dunia

Assalamualaikum, doakan kawan karib saya, Sri Rifana. Beliau diuji lagi, demam panas, dehydrate dan asthma. Ditahan ward.
Baby di hospital lain, beliau di hospital lain. Baby baru pasang cathether akibat kedua kidneys nya bloated dan infection.
Doakan dia kuat untuk mengharungi semuanya tanpa suami disisi, diberi kesihatan yang baik, diberi kesembuhan buat baby Hayyan.

Sedikit info: Sahabat saya melahirkan anak keempatnya pada bulan August lepas, baby terus ditahan ward kerana menghidapi HashBrown Disease. Discharged 2 minggu lepas dengan memakai stoma bag untuk mengeluarkan najis tetapi ditahan ward semula pada 2 hari lepas kerana both kidneys bloated dan infection. Bulan depan baby akan menjalani pembedahan usus. Sahabat saya belum sempat berpantang dengan betul kerana berulang alik ke hospital. 4 hari lepas pula suaminya pergi menghadap ilahi. Hari ini diuji pula kesihatannya. Sahabat saya redho di atas kesemua ketentuanNya. Tapi mental dan fizikalnya penat. Sangat penat. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Buat masa ini Sri perlu berehat. Mohon doa semua ya. Terima kasih.

Allah lebih tahu

Terima kasih Allah kerana meminjamkan kepada diri ini seorang suami yang sangat penyayang, yang sangat baik, yang sangat mengambil berat dengan diriku dan anak-anak, yang tidak suka menyusahkan orang lain, yang sentiasa meringankan bebanan orang, yang sentiasa mengingatkan diriku untuk menghormati ibu, yang sentiasa mengingatkan diriku untuk tidak mementingkan diri sendiri dan fikir untuk sentiasa senangkan orang, yang sangat rajin membantuku dengan urusan kerja rumah dan anak-anak, yang sentiasa kemas dalam penampilan dirinya dalam solat, yang suka dengan wangian dan kebersihan, yang tidak pandai bicara tentang keburukan orang, yang pendiam tapi berisi, yang memuliakan tetamu dan berusaha untuk memberi segala kelengkapan….. Dan segala kebaikan mu ini akan ku bawa bersama ku dalam mendidik anak-anak kita bersama. Biarpun kau bukan seorang ahli agama tapi keimananmu, Allah lebih tahu dan kerana itu Dia terlalu menyayangimu dari diri ku ini.

Segala kebaikan mu terbukti semalam ketika ramai yang menziarahimu dari sejak kau dimasukkan ke hospital hingga kau dimasukkan ke liang lahad. Baumu yang sangat wangi dan senyuman terukir di bibir menghiasi diri mu menuju Allah, sayang. Penyaksian kebaikan mu disaksikan ramai orang dan mereka mengiringimu dengan mendirikan solat yang terakhir beramai-ramai.

I cemburu dengan pemergian you yang sangat mulia, by. Tunggu I dan anak-anak please. Terima kasih kerana menjadi suami yang sangat baik dan ayah yang penyayang. Terima kasih kerana mendidik I. Terima kasih kerana you setia biarpun I banyak kekurangan. Terima kasih atas cinta you pada I adalah kerana Allah…

When silence creeps
And the hurt hits
N u still can’t believe
That he’s no longer there.

Sumber : Su Esmeralda Esther Varella , Sri Refana Nesiren

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×