
Pelakon Ben Amir mengakui bahawa hatinya kini telah dimiliki oleh seorang wanita berasal dari Filipina.
Artikel Berkaitan: Ben Amir Kongsi Foto Kemas Barang Rumah, Beri Bayangan Bakal Pindah? – ‘Puasa & Raya Tahun Ini Terasa Sangat Berbeza’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ben Amir Dedah Tinggalkan Malaysia, Bakal Mulakan Kehidupan Baru Di Pulau Siargao?
‘Wanita tu orang Filipina’
Ketika ditemui OhBulan!, Ben atau nama lengkapnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkata bahawa dia dan wanita tersebut masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.
Ya betul, wanita tu orang Filipina.
Saya dengan dia dah berkenalan selama dua tahun dan masih dalam fasa mengenali hati budi.
Meskipun begitu, pelakon filem Rebel ini mengakui bahawa dirinya masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, sebaliknya memilih untuk menyerahkan urusan jodoh sepenuhnya kepada takdir.
Untuk khabar gembira saya tak tahu lagi, itu semua kena tunggu. Saya serahkan semuanya kepada takdir.
Dalam masa yang sama, Ben tidak menafikan hasrat untuk membawa hubungannya ke tahap yang lebih serius. Namun begitu, dia mengakui enggan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan.
Sudah semestinya sebab mana-mana lelaki yang menjalinkan hubungan mesti mahu melangkah ke fasa seterusnya, tetapi tidak perlu terburu-buru.
Buat apa yang patut dulu.
Ben berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang diadakan di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada malam Rabu.
‘Dia bukan punca saya berpindah ke Filipina’
Apabila ditanya mengenai dakwaan berpindah ke Filipina kerana seorang wanita, Ben menafikan perkara tersebut.
Sebaliknya, pelakon itu menjelaskan bahawa keputusan untuk menetap di Pulau Siargao dibuat atas kehendaknya sendiri kerana ingin mencari kehidupan baharu serta tertarik dengan keindahan semula jadi pulau tersebut.
Dia bukanlah punca saya berpindah ke Filipina. Sebenarnya saya pun memang dah lama merancang untuk berpindah ke Pulau Siargao, Filipina.
Bukan kerana seseorang tetapi saya ingin mencari kehidupan baru. Sebagai seorang lelaki juga, kita perlu meningkatkan diri dari segi kerjaya dan mental.
Sementara itu, Ben berkongsi bahawa dia kini dalam proses membuka sebuah restoran serta mengusahakan sebuah vila di pulau tersebut.
Bukan senang, lebih-lebih di negara orang dan saya pun tak ada pengalaman.
Tapi ini satu cabaran yang saya suka untuk membina kerjaya baru selain berlakon. Kalau boleh saya ingin menjadi ahli perniagaan pula.
Restoran dan vila tu mungkin akan siap pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.
Dalam perkembangan lain, Ben bakal muncul menerusi filem Gantung: Musketeer Code yang diadaptasi daripada novel Fixi berjudul Gantung karya Nadia Khan.
Selain Ben, filem arahan Nadia Khan ini turut menampilkan barisan pelakon termasuk Ikmal Amry, Hafreez Adam, Brandon Salim, Shazia Rozaini, Taufiq Hanafi, Bront Palarae dan ramai lagi.
Filem Gantung: Musketeer Code akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 5 Jun ini.