Penyanyi rap, Ben Ladin akhirnya membuka mulut mengenai perkahwinannya bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Anna.
Artikel Berkaitan: Tular Foto Perkahwinan, Ben Ladin Selamat Bergelar Suami Kepada Shida
‘Ya, saya dah kahwin’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Ben memaklumkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga pada usia 23 tahun dan bergelar suami kepada Anna.
Assalammualaikum semua, harap semua sihat-sihat sahaja. Ben banyak terima Direct Message (DM) dari keluarga, sahabat, rakan media dan juga peminat.
Maaf kerana membuatkan kalian tertunggu-tunggu. Ya, benar saya sudah pun berkahwin pada usia 23 tahun dan sah menjadi suami kepada isteri saya, Anna Syida.
Menurut Ben, dia dan Anna mengambil keputusan untuk merahsiakan hubungan percintaan mereka daripada khalayak ramai sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Kami berdua mengambil keputusan untuk merahsiakan hubungan kami sehinggalah kami berkahwin secara rasminya.
Dalam masa yang sama, kebetulan pula saya baru dapat gambar kahwin.
Di akhir hantaran, pelantun lagu ‘Hikayat Benladin’ ini menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang terlibat dengan majlis perkahwinannya dan berharap orang ramai mendoakan agar dirinya dan isteri kuat menempuh perjalanan dalam rumah tangga.
Saya nak ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dalam memastikan semuanya berjalan lancar sepanjang perkahwinan kami berlangsung.
Harap semua doakan yang terbaik untuk kami berdua, dan semoga kami sentiasa kuat untuk lalui perlajanan di dalam rumah tangga di masa akan datang.
Terdahulu, berita perkahwinan Ben disahkan oleh seorang wanita yang dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada 8 Julai lalu.
Menurut Hamidah, dia menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.
Komen netizen
Sumber: Instagram Ben Ladin