Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan pelawak Jep Sepahtu yang menunaikan kewajipan membayar zakat berjumlah kira-kira RM1.935 juta sepanjang tempoh 10 tahun.

Artikel Berkaitan: Jep Sepahtu Tunjuk Resit Bayar Zakat Cecah RM300k Setahun – ‘Mana Mungkin Hak Orang Aku Nak Ambil’

Artikel Berkaitan: Jep Mengamuk! Muak Isu Sama Dijadikan Konten, Tunjuk WhatsApp Shuib Tak Berbalas – ‘Aku Dah Minta Maaf Walaupun …’

Menteri Agama puji Jep

Menerusi hantaran di Facebook, Zulkifli menyifatkan tindakan Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin sebagai satu teladan yang wajar dicontohi masyarakat, khususnya dalam membantu golongan asnaf.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat Sdra. Jep Sepahtu (Mohd Nadzri Zainal Abidin) yang benar-benar menjadi wira serta inspirasi kepada para asnaf di Wilayah Persekutuan.

Kita ambil dari sudut positif, dan doakan yang baik-baik untuk semua.

Menurut Zulkifli, perkongsian rekod pembayaran zakat untuk tempoh sedekad itu membuktikan keberanian Jep dalam mempertahankan integriti serta menangkis fitnah.

Langkah beliau berkongsi rekod pembayaran zakat dari tahun 2016 hingga 2025 yang mencecah kira-kira RM1.935 juta merupakan satu tindakan berani demi menegakkan ketelusan, mempertahankan integriti, dan menangkis fitnah, sekali gus membuktikan pelaksanaannya secara telus berlandaskan kewajipan agama.

Zulkifli turut menjelaskan bahawa zakat bukan sahaja berperanan menyucikan harta, malah membantu memperkukuh ekonomi serta meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ia mengukuhkan persaudaraan dan keadilan sosioekonomi ummah dengan membela nasib golongan asnaf.

Pada 8 Oktober lalu, Jep berkongsi bukti pembayaran zakat perniagaannya bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang dilakukan secara tahunan.

Menurut Jep, perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk berbangga dengan jumlah yang dibayar, sebaliknya bagi menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengambil hak orang lain.

Berdasarkan resit yang dikongsikan, jumlah bayaran zakat pelawak itu bagi setiap tahun adalah antara RM50,000 hingga RM300,000.

Sumber: Facebook