berita

Benarkan Pelanggan Terkandas Banjir Berlindung, AEON Shah Alam Mohon Maaf Jika Layanan Tidak Memuaskan

December 21st, 2021 | by Iman
Kini Trending

Ekoran banjir besar yang melanda Shah Alam pada Sabtu lalu, AEON Shah Alam telah membenarkan mangsa-mangsa banjir yang terkandas di sekitar kawasan berkenaan untuk berteduh di dalam pusat beli-belah tersebut.

Menyediakan pelbagai kelengkapan

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman rasmi Facebook, AEON Shah Alam memaklumkan semasa kejadian lebih 570 orang pengunjung terkandas semasa kejadian banjir teruk itu. Menyedari banjir kilat yang berlaku di sekitar kawasan pusat beli-belah, pihak pengurusan akhirnya membuat keputusan membenarkan pengunjung, kakitangan dan penyewa berlindung di dalam premis sementara menunggu keadaan kembali pulih.

Para pelanggan yang terkandas di dalam premis tersebut dilayan baik oleh pihak AEON seperti dibenarkan untuk baring di sofa mahupun katil-katil pameran. Bukan itu sahaja, bantuan segera seperti air mineral, susu tepung, lampin pakai buang, roti, air panas serta tuala dan pakaian diberikan kepada mereka yang memerlukan akibat basah kuyup.

Pihak AEON turut menjelaskan bahawa dengan keadaan yang tidak bersedia serta kekangan tenaga pekerja, mereka sedaya upaya memberi bantuan dari setiap tingkat premis Mall tersebut supaya pelanggan lebih selesa. Mereka yang bermalam di situ turut dibenarkan menggunakan fasiliti yang sedia ada seperti surau, tandas dan bilik bayi.

AEON bagaimanapun memohon maaf sekiranya bantuan yang diberikan ketika hari kejadian tidak memuaskan ramai pihak. Sebelum ini wujud dakwaan pusat beli-belah itu menghalau orang ramai yang ingin menumpang berteduh.

Video penuh:

Sumber: Aeon Retail Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×