berita

Benarkan Suami Kahwin Lain, Lelaki Hidup Bahagia Dengan 8 Isteri.. Siap Duduk Serumah Lagi!

January 31st, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending


Seorang lelaki di Thailand menjadi perbualan hangat netizen apabila dia dilaporkan mempunyai lapan orang isteri dan kesemua mereka tinggal di rumah yang sama dengan bahagia. Fuh, lain macam!

Suami seorang yang bertimbang rasa

Lelaki dikenali sebagai Ong Dam Sorot yang bekerja sebagai pelukis tatu itu mendedahkan bahawa dia tinggal bersama lapan orang isterinya dan menjadi keluarga yang sangat besar serta bahagia.

Menerusi satu program lawak iaitu Joker Family di YouTube, Sorot memperkenalkan satu persatu isterinya ketika di dalam rancangan tersebut dan lebih mengejutkan lagi apabila video berkenaan meraih lebih tiga juta tontonan.

Difahamkan, Sorot menemukan isteri pertamanya itu semasa berada di majlis perkahwinan rakannya. Manakala isteri keduanya terjumpa di pasar dan isteri ketiganya pula di hospital.

Apa yang lebih menarik lagi apabila isteri keempat, kelima dan keenam, mereka hanya saling mengenali antara satu sama lain di media sosial sahaja.

Isteri pertama bagi kahwin lain

Dalam pada itu, dia bertemu isteri ketujuhnya di Kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya dan terjumpa isteri kelapan semasa bercuti bersama empat isterinya di Pattaya.

Dia seorang lelaki yang penyayang dan sangat bertimbang rasa daripada lelaki yang pernah kami kenal.

Apabila ditanya mengenai bagaimana dia berjaya memikat wanita-wanita berkenaan, Sorot mengatakan bahawa pada awalnya isteri pertama membenarkan dia untuk berkahwin lain, namun dia perlu membawa bakal isteri tersebut untuk berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Kini, Sorot sudah memiliki seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya bersama isteri pertama dan dipercayai dua isterinya yang lain sedang hamil.

Video penuh

Sumber : Oddity Central, Joker Family

SKIP THIS AD ×