Menerusi program ‘Realiti’ episod pertama ‘Aku Bukan Perampas’, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Maria tampil berkongsi mengenai perasaannya sebagai isteri kedua.
Saya isteri nombor dua
Menurut Puan Maria, semuanya bermula apabila dia mendapat tawaran pekerjaan di sebuah syarikat. Hari pertama bekerja, Puan Maria berkata dia sangat baik dengan semua orang termasuk seorang senior yang bernama Taufik. Ujar Puan Maria, dia diletakkan di bawah pemantauan Taufiq dan segala urusan pejabat perlu dilakukan bersama.
Saya fresh grad. Saya ada minta kerja dekat sebuah pejabat. Saya baik dengan semua senior dan saya diletakkan di bawah Taufik. Senang cerita dia pergi meeting saya akan ikut dia. Kalau waktu pejabat, kami bukan berdua. Ada orang lain juga. Tapi saya lebih dengan Taufik kalau dari segi kerja. Saya tahu dia suami orang. Tak ada rasa cinta pun yang terdetik masa tu. Kami pi outstation berdua. Bila dah mula rapat tu, setiap perempuan mesti akan ada rasa suka. Tapi sikit saja. Taufik pula caring dan ada rupa.
Tambah Puan Maria, memandangkan mereka sering ‘outstations’ bersama, dia mula tersuka Taufik tanpa sengaja. Jelas Puan Maria lagi, dia tidak kisah untuk menjalin hubungan yang serius dengan Taufik.
Saya nampak dia pun suka saya. Kawan pejabat pun rasa macam dia suka saya. Bagi pihak saya, okay saja tak ada masalah pun. Cuma dari side dia tak tahu dia sudah tanya persetujuan isterinya atau tak masa itu.
Dituduh penyondol
Bercerita lebih lanjut, Puan Maria memberitahu isteri pertama Taufik pernah datang bersemuka dengannya. Malah, wanita itu menggelarkan dirinya sebagai penyondol dan perampas.
Taufik ada dekat situ. Masa tu dekat pejabat dia datang serang saya. Taufik ajak kami balik rumah dan settle semua benda. Masa itu juga saya bagitahu isteri dia yang kami dah sah kahwin. Ada sekali tu kami kata pergi outstations, tapi sebenarnya kami pi nikah dekat Thailand. Dah 4 tahun masa tu.
Disoal sama ada Puan Maria berfikir mengenai perasaan isteri pertama ataupun tidak, wanita ini hanya berkata dia tidak perlu memikirkan hal tersebut. Ini kerana, Taufik yang sepatutnya bertanggungjawab dan menyelesaikan hal itu.
Saya rasa itu hal dia dengan isteri pertama. Saya rasa tak kena bila isteri dia tuduh saya penyondol. Benda ni jadi tiba-tiba bukan saya minta pun. Saya tak minta perasaan macam ni. Dah jodoh. Keluarga saya okay tak ada masalah saya jadi isteri kedua. Taufik seorang suami yang bagus. Dia beri nafkah, makan dan minum. Semua dia jaga elok termasuk baik dengan family saya. Cuma jadi yang kedua ni saya kena korbankan dari segi bermalam. Dia jarang balik. Saya tak macam pasangan suami isteri yang lain.
Di akhir temubual, Puan Maria berkata isteri pertama suaminya dalam proses menuntut cerai.
Situasi sekarang masih sama dan tak okay. Isteri pertama tengah tuntut cerai dan masih dalam proses. Saya pula okay saja kecuali jangan panggil saya perampas sebab saya bukan perampas. Saya dan Taufik tak jangka akan jadi sampai macam ni. Sekarang isteri pertama tengah tuntut cerai dan masih dalam proses. Saya rasa isteri pertama kena fikir kenapa Taufik cari orang lain. Mungkin dia ada kekurangan. Saya okay kalau bermadu.