berita

Benda-Benda DIY Yang Korang Boleh Buat Dengan Barangan Lama! Jangan Terus Buang Je!

September 27th, 2018 | by Azyan
Kini Trendy

Apa yang korang selalu buat dengan barang lama korang? Buang atau kasi dekat orang? Ke korang peram je dekat rumah sampai lah tak boleh guna. Kan sayang tu..

Sebenarnya kalau taknak kasi dekat orang atau buang, korang boleh tukarkan barangan lama korang tu menjadi barang baru! Hasilnya memang sangat mengejutkan sebab kegunaanya jadi lain dari kegunaan asal dia. Contohnya macam barang-barang di bawah ni.

Tangga lama menjadi rak buku. Cool weyh!

Kalau beli rak buku biasa, korang akan pening kepala memikirkan tempat nak letak dan size yang mana yang sesuai dengan rumah korang. Ini kerana rak buku selalunya besar! Nak beli yang kecil takut sikit sangat buku yang muat.

Sebab tu korang kena try buat rak buku guna tangga ni. Selain daripada dapat berjimat, korang tak perlu risau akan ruang yang diperlukan sebab tangga ni akan digantung di dinding! Nice kan?

Raket tenis menjadi cermin? Woww!

Cantik dan menarik! Mesti orang tak sangka sebab ingatkan ianya hanya hiasan semata-mata. Rupa-rupanya cermin muka. Korang yang nakkan dekor rumah unik dan menarik bolehlah try.

Penyangkut beg ni asyik patah je!

Penyangkut beg korang yang jenis berdiri tu selalu patah sebab banyak sangat beg kan? Memang lah sebab korang hanya sangkut pada satu tiang sahaja. Kalau korang guna penyangkut shower curtain ni lagi tahan dan senang.

Dah la panjang, memang banyak beg boleh disangkut. Paling best lagi mudah untuk korang nak pilih beg! Tak payah lah angkat 10 beg semata-mata nak ambil beg yang dekat bahagian bawah sekali.

Botol kaca jadi lampu? Hipstur gituuu!

Kalau korang sejenis suka minum air dalam botol kaca, lepas minum nak buang rasa sayang pulak sebab nampak menarik je botol tu. Tapi tak tahu nak buat apa..

Korang tukarkan jadi lampu! Letakkan mentol kecil atau fairy lights di dalam botol tersebut dan letak je atas meja. Nampak artistic lah tempat korang nanti. Macam dekat kafe-kafe viral tu!

Jeans lama jadi beg!

Mesti korang tak terfiki yang jeans-jeans lama korang tu tak kisah lah seluar ke, jaket ke semua tu boleh ditukarkan menjadi beg! Selain cantik dan sesuai untuk semua lapisan umur, beg jeans ni juga tahan lasak tau! Tak mudah koyak dan paling penting, evergreen je. Tapi…nak cari orang buat beg tu macam susah kan?

Hantar je jeans-jeans lama korang tu dekat SURI!

SURI? Siapa SURI tu? Ha kalau korang nak tahu, SURI ni merupakan satu organisasi yang membantu ibu-ibu tunggal di Malaysia ni untuk menjana pendapatan!

Hong Leong Bank mengambil inisiatif ni untuk menjadikan ia salah satu program CSR mereka yang diberi nama HLB Jumpstart. Di bawah program ni, mereka menyokong keperluan perusahaan sosial bagi membolehkan mereka terus kekal dan memberikan impak kepada masyarakat!

Hantarkan aje barangan jeans yang korang dah kumpulkan tu dekat cawangan Hong Leong Bank  yang telah disenaraikan! Tak susahkan nak bantu ibu-ibu tunggal ni?

Kalau korang dah tak tahu nak buat apa dengan jeans tu, boleh dermakan dekat SURI , mereka akan memberi nafas baru kepada jeans tersebut dalam bentuk beg dan aksesori! Tak semestinya seluar je, sebarang pakaian yang diperbuat daripada fabrik denim semua boleh didermakan. Kalau ada jacket-jacket jeans yang memang dah tak guna, ha elok kalau korang dermakan.

Organisasi ni juga sebuah medium untuk ibu-ibu tunggal mendapatkan sokongan moral sesama mereka. Yelah, bukan mudah tau bergelar ibu tunggal ni! Moral support kena ada.

Betul jugak, seluar jeans pun dah bertimbun! Kat mana nak derma?

Senang je nak derma! Korang hanya perlu pergi ke cawangan Hong Leong Bank bermula dari 24 hingga 30 September 2018 ni! Tapi tak semua Hong Leong Bank  korang boleh pergi tau, check tempat dekat bawah ni:

 

Jika ada sebarang pertanyaan yang korang nak tahu mengenai kempen ini korang boleh lawati laman web #DemiKita di sini! Jom mulakan sumbangan anda sekarang!

SKIP THIS AD ×