berita

‘Benda Nampak Lawak Tapi Tak’ – Gurauan Mark Adam Tentang Saiz Fizikal Sherry Terima Kecaman

August 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Penyanyi dan pelawak popular Mark Adam memang terkenal dengan lawaknya yang spontan dan bersahaja. Baru-baru ini dalam satu rancangan program televisyen Big Stage, komen Mark Adam selaku juri telah menarik perhatian netizen.

Tindakan Mark Adam yang secara berseloroh mengatakan bahawa peserta program ini mempunyai peluang yang besar untuk menyerlahkan bakat mereka sebesar pengacara itu sendiri. Pengacara yang dimaksudkan itu ialah Sherry Alhadad. Lawak Mark Adam yang dikatakan tidak menjaga hati rakan artisnya itu telah dapat kecaman netizen.

Tak hormat orang

Walau bagaimanapun, Aliff Satar selaku gandingan pengacara bersama Sherry Alhadad telah menangkan suasana yang tegang dengan mengatakan bahawa Sherry mempunyai bakat yang besar. Reaksi pantas Aliff Satar selaku pengacara professional mendapat pujian netizen.

Nasib Alif pandai cover

Tak lawak langsung

Sumber: Hafiy