Selepas tiga bulan meninggalkan rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang pengguna Facebook terkejut apabila mendapati rumah berada dalam keadaan yang sangat teruk. Dinding rumah dan siling merekah gara-gara tangki air bocor.
Makanan yang sedia ada di dalam peti sejuk juga membusuk sehingga berkulat. Aduhai..
Kenangan ‘make over’
Punca efek macam rumah halloween ni semuanya bermula dengan tangki bocor. So kalau nak sesekali rasa rumah redup-redup ala-ala macam kat bangunan-bangunan vintage kat Ipoh tu, boleh la korang rosakkan tangki pastu biar rumah 3 bulan. Tak perlu lama-lama. 3 bulan cukup nice dah. Atas tu bukan obor obor tau.
So 91 hari tanpa cinta. Macam ni. 12 Mac 2020 aku balik kampung. Nawaitunya nak balik sekejap je. Sebab banyak hal nak diselesaikan dalam cuti sekolah tersebut. Yelah, cuti sekolah jelah boleh buat macam-macam kan. Maka balik kampung pun aku bawak balik baju untuk 2, 3 hari jela. Aku tak tahu la pula yang dari 2, 3 hari rupanya bertukar menjadi 3 bulan.
Jadi, ini ‘kenangan make over’ yang rumah kami dapat dalam 3 bulan tu.
Surprise tak? Bak kata Erik sambil tepuk tangan. Memang i rasa surprise sangat tau. Ahaks. Sebab aku expect hanya ada debu-debu cinta je, tapi rupanya aku dapat ‘make over’ yang lebih extra! Kami tak minta pun ‘make over’ ni, tapi dah dapat tu, bersyukur dan redho jela.
Dapat habuan selepas 3 bulan
Ni la peta untuk yang lagi 200 negara yang ramai tak tahu tu.
Rehat 3 bulan kan, jadi dapatlah sedikit ‘habuan’.
Yang bestnya, aku berjaya tangkap gambar ada ‘benda’ yang tak diundang. Yela, tinggal rumah lebih kurang 3 bulan kan. ‘Benda’ tu mesti mai punya. Dulu dia memang suka singgah pun. Kacau kacau aku. Nak nak bila aku ‘terpaksa’ masak waktu malam. (definisi masak di sini merujuk pada masak megi).
So, aku nasihat siap siap nih, kalau tak kuat, jangan tengok pic yang no 10 tu tau.
Gambar yang nombor 11 tu aku akan biarkan imaginasi korang yang tentukan. Aku tak nak tegur benda tu. Eh.. Apa lagi gais!!
Jomla tengok rumah yang macam rumah angker ni gais!!!
Rosak teruk
Ni kalau dalam majalah Mastika, aku kena berdiri bawah tu sambil angkat jari telunjuk and tunjuk kat siling atas sambil caption ‘sinila ‘dia’ lalu’. Dalam hal ni, dia tu merujuk pada air tangki yang meleleh tu.
Almari aku cirit birit. Pastikan makan jamu yang ada pengesahan KKM.
Aku baru tahu dinding aku ni berkebolehan tanam cendawan enoki. Pasni senangla aku nak buat cendawan goreng.
Aku mungkin kena pakai set PPE lengkap untuk bersihkan peti ais yang dah jadi keranda makanan ni. Tengok mr kokroch tu. Drama sangat tau. Takdela teruk sangat peti ais aku ni sampai dia nak kena heart attack kat situ. Nyampah.
Makanan dalam peti ais
Mungkin 7 jenis air aku kena samak freezer aku ni pastu mungkin dengan aku aku kena mandi bunga sekali. Bau dia memang pekat kalah kepekatan air dalgona.
Mr. Kokroch yang kejung tengok peti ais aku.
Bedak-bedak organic ni. Bagus ni bah. Kalau ada sesapa nak buat IG review leh PM tepi eh. Kusyen aku suma nek kulat.
Sekarang aku faham perasaan pekerja shopping mall yang ada barang-barang kulat tu and pekerja wayang, sebab aku pernah tengok kerusi panggung wayang berkulat kan. Tak pela. Stay positif macam kucing kat kotak tisu tu.
Nila BENDA YG AKU BERJAYA TANGKAP GAMBAR TU. Comel kan mereka. Tahik tahik mereka pun comel bertempiaran di sana sini di lantai, beraneka bentuk dan warna. Siapa dia ni?? Aku tak belaaa diaaaa!!!!
Kalau tengok dari jauh memang nampak lainn macam benda alah ni. Aku harap takde siapa datang turun nombor kat sini.
Sumber : Que Sera Sera