berita

Bengang Diejek Gemuk Macam Ahli Sumo, Lelaki Bunuh & Bakar Rakan Sekerja

January 31st, 2020 | by faris
Kini Trending

Selain buli fizikal, kes buli melibatkan impak dari segi emosi juga tidak perlu dipandang sepi. Walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata kasar, namun kesannya mungkin lebih besar sehingga boleh melibatkan nyawa. Berang dengan ejekan dan perlian rakan sekerja, seorang lelaki mengambil tindakan sendiri ‘mendiamkan’ mulut pembulinya.

Selalu diejek gemuk, ahli sumo

Polis Indonesia berjaya menangkap Ali Heri Sanjaya yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Rosidah, rakan sekerjanya. Menurut Ketua Polis Banyuwangi kepada detik.com, Arman Asmara Syarifudin, suspek adalah rakan sekerja mangsa yang tidak tahan dibuli mangsa.

Suspek adalah rakan sekerja mangsa di sebuah kedai makan. Suspek seringkali diejek oleh mangsa di depan orang ramai. Selama bekerja bersama, mangsa selalu menghina suspek dengan hinaan seperti ‘gemuk’, ‘Boboho’ (pelakon kanak-kanak Hong Kong) dan ahli sumo.

Jual motor, telefon bimbit mangsa

Suspek pada mulanya meminta mangsa menghantarnya selepas habis kerja. Tanpa diketahui, ada niat tersembunyi oleh Ali.

Suspek meminta mangsa menghantarnya pulang ke rumah, namun sebenarnya itu adalah helah untuk mengaburi mata Rosidah. Wanita itu kemudian dibunuh dan dibakar. Suspek kemudian bersembunyi di sebuah hotel selepas pembunuhan itu. Kemudian, barang-barang mangsa dijual.

Setelah mangsa dibunuh, motor serta telefon bimbit mangsa dijual untuk membayar hutang dan menggadai motor yang digadai sebelum ini.

Mahu suspek dihukum mati

Mayat Rosidah ditemui dalam keadaan tertiarap dengan sebahagian besarnya terbakar. Jenazahnya ditemui penduduk di Desa Dadapan, Kecamatan Kabat, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur, Sabtu 25 Januari.

Sementara itu, keluarga Rosidah meluahkan rasa lega dengan penangkapan Ali. Menurut bapa saudara Rosidah, Ali Sodik, apa yang dilakukan oleh Ali adalah perbuatan keji yang tak boleh dimaafkan. Pihak keluarga mereka berharap Ali dihukum sampai mati.

Hukuman mati adalah paling layak dikenakan kepada pelaku jenayah keji ini.

Sumber: Detik.com, Suara.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×