berita

Bengang Dituduh Malas Cuci Baju Kotor Anak Tiri, Izreen Azminda & Suami ‘Sekolahkan’ Netizen

December 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon, Izreen Azminda memuat naik beberapa posting yang menunjukkan dua orang anak tirinya datang ke rumah dan bermain bersama anak-anaknya yang lain. Lebih meriah, kesemua mereka kelihatan gembira tatkala melakukan aktiviti riadah ‘outdoor’ bersama bapa mereka.

Namun begitu, timbul pula kontroversi di mana Izreen didakwa tidak membasuh pakaian anak tirinya semasa hendak hantar mereka pulang. Betul ke?

Nanti jumpa lagi

Sebelum menghantar anak tirinya pulang, Izreen berkata dia sudah mengemas baju mereka di dalam beg pakaian. Pada masa yang sama, Izreen sudah mengasingkan baju kotor yang tidak sempat dibasuh kerana dipercayai dipakai pada hari tersebut. Berikutan daripada itu, netizen mendakwa Izreen sengaja mahu menyusahkan bekas isteri suaminya kerana perlu membasuh baki pakaian kotor tersebut.

Geram dengan dakwaan yang dilontarkan, Ude tampil ‘back up’ isterinya. Jelas Ude, dia tidak faham dengan pemikiran segelintir netizen pada masa kini. Menurut Ude, Izreen telah membasuh kesemua pakaian yang dibawa kecuali pakaian yang digunakan pada hari yang mereka ingin menghantar anak-anak pulang.

Sumber: Izreen Azminda

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×