Nama pengacara Janna Nick terpalit dengan kontroversi yang membabitkan rumah tangga penyanyi Fyna Jebat, suami, Datuk Zainal Abidin Hassan dan isteri pertama.
Artikel Berkaitan : ‘Adik Saya Enggan Beri Komen, Banyak Hati Yang Harus Dijaga’ – Ayda Jebat
Dijadikan tajuk utama
Terbaru, Janna berang apabila namanya dipetik didakwa menjadi punca pergaduhan tarik rambut antara Fyna dan isteri pertama Zainal.
Tegas aktres berumur 27 tahun, dia langsung tidak tahu menahu dengan konflik yang berlaku antara Fyna dan madunya.
Saya ini jarang la nak defensive. Kalau orang nak kata. Kata la.. saya okey. Tambahan kalau yang mengata tu adalah netizen.
Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta dan konon saya sengaja nak sakitkan hati isteri pertama kepada si polan. Saya jadi marah.
Cuba endahkan tapi media media mula menjadikan saya sebagai ‘tajuk utama’ perbalahan di antara isteri pertama dan isteri kedua.
Walhal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama dan masalah rumahtangga yang dilalui mereka. Konon saya pulak punca berlakunya kejadian tarik menarik rambut.
Rancangan Famili Duo TV3 memang berkonsepkan keluarga. Kekeluargaan. Memang soalan tentang, suami, anak , isteri, ibu dan ayah akan acapkali ditanya. Nak nak kalau suami mereka agak dikenali.
Ada kelemahan diri
Tambah pemilik nama Nurul Jannah Muner, ini adalah kali terakhir dia memberi penjelasan bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.
Janna juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama sekiranya gurauan itu telah menyakitkan hati.
This would be my last statement, saya harap para media hormati saya dan jangan libatkan saya dengan masalah rumah tangga orang lain.
Dalam pada itu, pelantun lagu Gatal turut berkongsi bukti skrip yang telah disediakan sepanjang program siaran langsung.
Pada Isnin, media melaporkan penyanyi Fyna Jebat dipercayai bergaduh dengan isteri pertama kepada bekas jurulatih Liga Super, di sebuah restoran di Shah Alam disebabkan perselisihan faham.