berita

Bengang Foto Disunting, Yana Samsudin Beri Amaran Suruh Padam & Minta Maaf!

October 20th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon, Yana Samsudin, meluahkan rasa ‘marah’ apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan namanya demi meraih keuntungan.

Artikel Berkaitan: Mira Filzah Kecewa Ada Pihak Guna Nama Untuk Minta Tajaan Biskut

Artikel Berkaitan: Lee Chong Wei Warning Scammer Guna Gambar Untuk Promosi Jus Buah Plum

Palsu!

Menerusi posting di Instagram, Yana meluahkan rasa kesal apabila ada pihak sanggup menyamar menjadi dirinya untuk menipu pelanggan.

Ada pihak yang telah menyamar menjadi saya, membuat ‘fake account’ di Facebook seolah-olah itu saya yang sebenar, menipu pelanggan terutama peminat saya untuk menjual produk yang didakwa boleh menguruskan badan.

Ini semua tidak benar, tak betul dan saya tak pernah pegang produk ini. Saya tak pernah tengok dan tak pernah makan.

Pelakon ‘Adnan Sempit’ itu turut meluahkan rasa bimbang sekiranya produk palsu itu tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atau berkemungkinan mengandungi bahan terlarang yang boleh memudaratkan orang ramai.

Menurut isteri kepada Fadzil Zahari itu, dia menggesa pihak berkenaan segera memadam gambar dan akaun palsu terbabit beserta permohonan maaf.

Boleh saman orang ni sebenarnya tau. Sebelum saya buat tindakan seterusnya, ‘delete’ dan buat permohonan maaf. Jangan sampai Kak Yong datang.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×