Pelakon, Jaa Suzuran menyelar kenyataan netizen yang mengatakan pelakon Hun Haqeem kurang bijak dan lemah selepas tewas dalam pertandingan Fury Championship menentang sahabatnya, Ikmal Amry.

Artikel Berkaitan: Jaa Suzuran Harap Kes Abang & Eda Ezrin Segera Selesai, Tak Sabar Terima Khabar Gembira – ‘Raya Keluarga Pergi Melawat, Mereka Sihat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jaa Suzuran ‘Buka Mulut’ Kes Abang & Kakak Ipar Didakwa Terbabit Dadah Di Thailand – ‘Saya Hanya Mampu Tahan & Bersabar’

Sukan kombat

Menerusi komen di Instagram, pemilik nama Mohammad Faizal Ahmad, 31, meluahkan rasa marah dengan sikap individu tersebut.

Jelasnya, kejohanan tersebut merupakan sukan kombat dan pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.

Yang bodoh dan lemah semangat itu awak. Ini adalah sukan kombat, macam-macam boleh jadi.

Susah ke doakan yang baik-baik untuk orang?

Walaupun Hun cedera dia semangat dia lagi tinggi dari adab kamu.

Jaa berkata demikian selepas seorang individu menggelar tindakan Hun memasuki pertandingan Fury Championship menentang Ikmal adalah satu perbuatan yang tidak bijak.

Hun tewas di tangan Ikmal dan dilaporkan terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital kerana kecederaan pada bahagian lutut kanan.

Untuk pengetahuan, Fury Championship yang diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wafiy dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Jaa merupakan kejohanan sukan tempur pertama dianjurkan di Malaysia.

Seramai 16 peserta yang terdiri daripada atlet profesional dalam sukan tinju dan Muay Thai ditampilkan dalam pertandingan tersebut.

Sumber: Instagram