berita

Bengang Jiran Buang Sampah Depan Rumah, Siap Bagi Warning! Bila Check Rupanya….

October 8th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Di Twitter, seorang lelaki berkongsi kisah lucu mengenai individu yang berang apabila jirannya dikatakan membuang sampah di hadapan rumah. Walau bagaimanapun, jiran tersebut tidak mengaku sampah itu miliknya.

Apabila diperiksa rupa-rupanya ianya bukanlah sampah seperti didakwa, namun sebenarnya milik jiran yang lain. Lihat pengakhiran kisah ini pasti buat anda terhibur!

Pengakhiran yang gembira

Lebih 8k retweet, perkongsian individu ini berjaya menarik perhatian netizen kerana plot twist di pengakhiran kisah tersebut agak lucu. Pada awalnya seorang lelaki menerima notis amaran di kediamannya agar tidak lagi membuang sampah di hadapan rumahnya. Namun lain pula yang terjadi selepas itu. Kelakar betul!

Tolong berhenti buang sampah anda ke bawah rumah kami! Rumah kami bukan tempat pembuangan sampah! Tolong ada sivik dan hormat orang lain. Kami pasti anda ada tong sampah sendiri untuk buang sampah anda!

Respon jiran

Saya rasa anda tersilap orang. In bukan barang dari unit kami. Saya tidak mengenali item ini dan kiriman di letter box yang anda tinggalkan dan tujukan pada kami adalah salah dan bukan barang kami.

Walau bagaimanapun, individu yang menerima notis dari jirannya itu tidak mengaku sampah yang berupa boxer itu miliknya. Dia berharap agar tuan rumah tersebut siasat terlebih dahulu sebelum terus menuduh rumahnya yang membuang sampah itu.

Rupa-rupanya..

Siapa sangka boxer yang dianggap sampah itu sebenarnya milik jirannya yang lain. Lelaki ini mendakwa boxer nya terbang ke unit lain kerana angin yang terlalu kuat. Dia juga meminta maaf kepada kedua-dua jirannya dan menjemput mereka untuk makan malam bersama.

Spender penyatuan ummah

Sumber : Zulfo

SKIP THIS AD ×