berita

Bengang Kakak Berterusan Dikecam, Adik Neelofa Tampil Pertahankan Kakak

November 22nd, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Selepas ibu bapa, adik-beradik adalah orang paling rapat dengan kita. Semuanya dikongsi bersama sejak kecil. Sebab itulah kalau ada yang dilanda masalah, adik-beradik lain akan turut terkesan sama. Macam peribahasa cubit peha kanan, peha kiri terasa.

Begitu juga terjadi kepada Amira Khan, adik kepada aktres jelita Neelofa yang mengamuk di ruangan komen kakaknya itu. Kecaman dan cemuhan diterima Lofa membuatkan Amira naik berang dan terus ‘sound direct’ mereka yang tidak bertanggungjawab itu

Bermula dengan gambar inner pink

Seperti semua sedia maklum, Lofa ke Shanghai, China untuk menghadiri pertunjukan fesyen Victoria’s Secret atas kapasiti duta Oppo. Alang-alang di sana, Lofa sempat melawat tempat-tempat menarik di sana. Dalam gambar tersebut Lofa mengenakan blaus maroon dengan inner berwarna pink yang agak sendat sehingga menjadi ‘point’ kutukan netizen.

Buli siber di Malaysia makin parah

Alahai, selagi pakaian tak terlalu terdedah, okay je. Buli siber di Malaysia dah makin parah. Inilah masalah korang, tak boleh tengok orang senang. Nak betul je. Dia tak ambil kisah langsung pun dengan pendapat korang. Apa kata korang cari benda lain nak cakap, contohnya kenapa mentaliti tu rendah sangat.

Berang dengan komen-komen kecaman berkenaan, Amira terus ‘meletup’ dan meninggalkan komen amaran dan berbaur sinis kepada para pengecam. Tambahnya, Lofa tidak mengambil kisah pun dengan pendapat yang dibuat dalam ruangan komen kakaknya itu.

Jangan kolot sangat boleh tak?

Walaupun ramai yang mengecam, masih ada yang mempertahankan pemakaian Lofa. Terpulanglah kepada Lofa sendiri untuk menentukan cara dia berpakaian. Dia pun sudah besar panjang dan mampu berfikir sendiri buruk baik kan?

Sumber: Neelofa , Amira Khan

SKIP THIS AD ×