berita

Bengang Kena Rakam Buka Seluar, Lelaki Mengamuk Baling Batu

April 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang wanita telah diganggu oleh seorang lelaki yang hampir membuka seluar di hadapannya di tempat letak kereta sebuah kondominium Persiaran Suntex, Cheras, kajang pada Ahad lepas.

Walau bagaimanapun, tindakan pantas wanita tersebut merakam perbuatan lelaki yang telah mengganggunya menyebabkan lelaki terbabit membatal niatnya untuk membuka seluar.

Rakam perbuatan suspek

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada mangsa yang merupakan kerani di sebuah syarikat swasta. Mangsa telah melaporkan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.41 pagi iaitu hari yang sama.

Ujar mangsa, sewaktu dia sedang meletakkan kenderaannya di tempat letak kereta, suspek datang dengan menunggang motorsikal menghampiri tingkap keretanya. Suspek tersebut seperti ingin bertanya sesuatu, namun tidak jelas apa yang ingin disampaikan.

Batal niat nak buka seluar

Sekadar gambar hiasan

Suspek menyedari yang dirinya sedang dirakam lalu dia membatalkan niatnya untuk membuka seluar dan cuba untuk merampas telefon bimbit milik mangsa namun tidak berhasil.

Lelaki warga tempatan itu secara tiba-tiba naik marah lalu mengambil satu objek dari dalam bakul motorsikalnya yang dipercayai batu dan bertindak membaling ke arah cermin tingkap kereta mangsa menyebabkan ianya pecah.

Mangsa kemudiannya menjerit untuk meminta tolong menyebabkan suspek ketakutan lalu melarikan diri. Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan kanannya dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×