berita

Bengang ‘Lalaun Tikus’ Ditutup, Orang Kampung Bakar, Hancurkan Penghadang Jalan

May 10th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara laluan tikus ditutup, segelintir penduduk di Besut, Terengganu menunjukkan perasaan marah dan bertindak di luar jangkaan apabila mereka sanggup membakar penghadang dan kawat duri yang telah didirikan oleh pihak polis.

Sikap tidak bertanggungjawab

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, perbuatan khianat itu dikesan di Kampung Gong Lapang, kira-kira pukul 9.30 pagi, semalam. Jelas beliau, tindakan tersebut secara tidak langsung membuktikan bahawa ada pihak yang masih tidak bertanggunjawab kerana merosakan penghadang dan kawat duri yang telah dibuat di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan itu.

Laluan tikus

Roslee turut mendakwa individu yang melakukan perbuatan tersebut sedang memberontak. Ini kerana, laluan tikus yang sering dilalui oleh mereka telahpun ditutup sepenuhnya di sempadan antara kedua negeri itu. Susulan daripada itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama Jabatan Kerja Raya telah meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang. Pihak polis juga sedang giat memburu individu yang melakukan perbuatan khianat berkenaan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×