Sekadar gambar hiasan
Gara-gara sering dibuli ketika bekerja, seorang lelaki nekad membunuh rakannya sendiri sebelum menyumbat mayat mangsa ke dalam sebuah tong sampah dan membuangnya di tepi Jalan Persiaran Kewajipan, Subang.
Akibat dendam
Foto: Sinar Harian
Menerusi laporan Sinar Harian, suspek dipercayai telah menjerut mangsa yang berusia 20 tahun menggunakan wayar eletrik sebelum bertindak menikam dan menggelar leher rakannya itu. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman, suspek yang berusia 21 tahun dan mangsa merupakan rakan serumah dan kejadian tersebut berlaku pada jam 12 tengah malam di sebuah apartment di Jalan Kemajuan, Subang Jaya pada Ahad yang lepas.
Suspek dikatakan melakukan jenayah itu dengan bantuan dua rakannya dengan alasan mahu menyamun mangsa. Dua lelaki masing-masing berusia 20 tahun itu bersetuju tanpa mengetahui niat sebenar suspek adalah untuk membunuh mangsa dan bukan untuk menyamun.
Kehilangan mangsa hanya disedari ibu saudaranya setelah lelaki itu gagal dihubungi selepas waktu bekerja.
Dirakam kamera litar tertutup
Sekadar gambar hiasan
Walau bagaimanapun, tindakan suspek dan rakannya itu telah berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) apartment tersebut ketika pemeriksaan dibuat oleh ibu saudaranya. Apa yang lebih mengejutkan, apabila mayat mangsa ditemui di dalam tong sampah berwarna hitam.
Menerusi siasatan awal, pihak polis mendapati suspek tidak berpuas hati dan mendakwa sering dibuli oleh mangsa ketika bekerja sebagai tukang cuci di restoran yang sama. Kini, salah seorang suspek telah direman selama tiga hari sehingga Sabtu.
Tiga lagi suspek termasuk suspek utama direman sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian