berita

Benjy Cerai Sekali Lagi

August 1st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Benjy

Pernah bercerai talak satu pada 7 Julai 2008, aktor dan juga anak kepada Azean Irdawaty ini sekali lagi telah bercerai talak satu dengan isterinya, Safiya Stephance Kar-Leng, 30.

Menerusi akhbar tempatan, Harian Metro, Benjy dan isterinya telah sah bercerai sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah.

Masih tiada maklumat lanjut mengenai kes ini, namun, pada tahun 2008 Benjy telah melafazkan cerai terhadap Safiya di rumah mereka di Menara Dutamas, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada hari yang sama juga lebih kurang 14 jam selepas bercerai, Benjy mengucapkan lafaz rujuk semula ditempat yang sama.

Untuk pengetahuan, Benjy dan Safiya telah berkahwin pada 19 Februari 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki.

SKIP THIS AD ×