berita

Berang Curang, Isteri Tikam Skandal Suami Guna Pemutar Skru, Cekik Bayi Hingga Maut

November 21st, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Kejam! Tergamaknya seorang wanita mencekik bayi perempuan berusia tiga minggu sehingga maut gara-gara tidak puas hati dengan ibu bayi yang didakwa curang bersama suaminya.

Dalam kejadian 14 November lalu, mangsa dikhabarkan kritikal selepas ditikam menggunakan pemutar skru. Lebih menyedihkan, anak kecil tidak bersalah turut terlibat dalam pergaduhan ini. Sedihnya..

Bayi dicekik

Kejadian yang berlaku di sebuah apartmen di Batu Caves, Gombak menyaksikan pembunuhan kejam ke atas bayi perempuan berusia tiga minggu dan ibu bayi. Bayi tersebut maut selepas enam hari dirawat di hospital akibat dicekik, manakala ibunya kritikal.

Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi 19 November lalu ketika dalam rawatan di Hospital Selayang.

Dalam kejadian ini, wanita berusia 30 tahun parah selepas ditikam menggunakan pemutar skru di belakang kepala, manakala bayinya dicekik.

Susulan itu, kami menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini pada hari sama (kejadian).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7 pagi.

Berang kerana curang bersama suaminya

Hasil siasatan mendapati mangsa diserang gara-gara menjalinkan hubungan bersama suami suspek di rumah mereka.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang dengan mangsa yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya hingga melahirkan anak.

Kami turut merampas pemutar skru yang digunakan suspek menikam mangsa di lokasi.

Suspek yang merupakan seorang wanita muda yang berusia 25 tahun menyerang mangsa bersama pembantu rumahnya.

Direman 4 hari

Wanita terbabit bersama pembantu rumah berkenaan direman selama empat hari bermula 15 hingga 19 November.

Suami suspek berusia 27 tahun yang juga ahli perniagaan pula direman selama tujuh hari bermula 17 hingga 23 November untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Namun, kematian bayi itu menyebabkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Reman disambung semula lima hari lagi untuk siasatan lanjut bagi kedua-dua suspek berkenaan.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×