Gambar sekadar hiasan

Hanya kerana berang dibaling pemadam pensil, sekumpulan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Kempas, Johor Bahru bergaduh sesama sendiri.

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Berang Telefon Bimbitnya Dirampas, Pelajar Perempuan Nekad Bakar Asrama

Hingga berlumuran darah

Memetik laporan Berita Harian, pergaduhan tersebut telah mendatangkan kecederaan kepada beberapa orang murid dan lebih parah lagi apabila terdapat pelajar yang berlumuran darah.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kejadian dipercayai berlaku di hadapan perkarangan sekolah menengah tersebut pada petang Rabu.

Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang pelajar yang dibaling pemadam pensil oleh rakan sekelasnya dua hari sebelum kejadian itu.

Tambah Balveer Singh lagi, beberapa orang pelajar juga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas cedera seperti luka di kepala, lebam pada kaki dan tangan susulan daripada pergaduhan itu.

Pihak polis turut membuat beberapa tangkapan dalam kalangan pelajar terbabit dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Tular di media sosial

Sumber: Berita Harian, Twitter