Seorang lelaki tergamak membunuh ibu kandungnya selepas berang kerana dibangunkan untuk menunaikan solat Subuh.

Artikel Berkaitan: Pemilik Kedai Telefon Dib*nuh Dengan Tukul, Mayat Disorok Dalam But Kereta

Artikel Berkaitan: Bapa Didakwa Bun*h Bayi 18 Bulan, Polis Tak Tolak Kemungkinan Mangsa Diliw*t – ‘Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon’

Anak bunuh ibu sebab kejut solat subuh

Kejadian berlaku di Dusun Puhun, Desa Wanasaraya, Kuningan, Jawa Barat, Indonesia, sebelum jasad mangsa, Mak Rusti, 77, ditemukan di dalam sebuah perigi pada Sabtu lalu.

Menurut Pegawai Polis Kuningan, AKBP Bellen Anggara Pratama, siasatan awal mendapati suspek bertindak menyerang ibunya selepas berang apabila dibangunkan untuk menunaikan solat Subuh.

Selepas kejadian, suspek dipercayai membawa jasad mangsa sebelum mencampakkannya ke dalam perigi di sebelah rumah dan melarikan diri. Namun, suspek berjaya ditahan di rumah isterinya di Kabupaten Brebes.

Dalam pada itu, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan suspek mengalami masalah kesihatan mental. Menurut Bellen, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada suspek benar-benar mengalami kemurungan atau terdapat faktor lain yang mencetuskan kejadian tersebut.

Sementara itu, menantu mangsa, Kurnia, 36, mendakwa suspek sudah lama menunjukkan perubahan dari segi keadaan mental.

Suspek dipercayai mengalami tekanan selepas sering menerima pandangan negatif dan cemuhan daripada masyarakat kerana sudah lama berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak.

Pelaku ini mengalami turun mental, kadang-kadang menurut tetapi suka memberontak.

Malah, Kurnia mendakwa suspek sebelum ini pernah melakukan penganiayaan terhadap mangsa sebanyak tiga kali pada waktu berbeza. Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes.

Sumber: Medan Tribunnews