berita

Berang Dimadukan, Suami Sepakat Dengan Anak Tetak Isteri Sampai Mati

October 6th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang lelaki di Probolinggo, wilayah Jawa Timur menetak isterinya menggunakan sabit kerana berang wanita itu berkahwin dengan lelaki lain meskipun masih bergelar isterinya yang sah.

Artikel Berkaitan: Berang Diberi RM100, Penganggur Cuba Bunuh Isteri Jerut Leher Sampai Pengsan

Artikel Berkaitan: Suami Penggal Kepala Isteri Sebab Syak Jalin Hubungan Sulit Dengan Anak Lelaki

Dibantu anak lelaki

Lelaki yang dikenali sebagai Bambang, 40, turut dibantu anak lelakinya, Muhammad Nur, 20 untuk membunuh isterinya, A.

Kejadian yang berlaku Jumaat lalu, berpunca apabila suspek dan anaknya menghalang si A di tengah jalan ketika dia membonceng motosikal bersama suami baharunya.

Menurut Ketua Kampung Jrebeng yang dikenali sebagai Ruslan, Bambang dan Muhammad Nur menghalang motosikal tersebut di tengah jalan sebelum menghunus sabit dan menetak mangsa.

Berikutan daripada itu, wanita tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala, tangan dan leher selepas ditetak berulang kali dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tambah Ruslan, suspek dan mangsa memiliki dua orang anak dan mereka tidak tinggal sebumbung sejak tahun lepas.

Sebelum ini, anak mangsa (Muhammad Nur) pernah membakar rumah ibunya.

Sementara itu, suspek mengaku menyerang isterinya kerana berang ditinggalkan wanita itu sejak setahun lalu.

Menurut Bambang, isterinya berlaku curang kepadanya dengan mengahwini lelaki lain selepas meninggalkan dia dan anak-anak mereka.

Mangsa ialah isteri saya. Saya dicurangi.

Jelas pihak polis, kes itu masih dalam siasatan.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×