berita

Berang Ditegur Mempunyai Hubungan Sejenis, Pelakon Popular Belasah Bekas Tunang

July 29th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berang dengan sikap bekas tunang yang memintanya untuk menghentikan hubungan sejenis, seorang pelakon lelaki popular berusia 27 tahun, bertindak membelasah bekas tunangnya.

Menerusi laporan Sinar Harian, pelakon tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.

Mencekik, menumbuk dan mencengkam sehingga berdarah

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 9 pagi pada 26 Jun yang lalu. Pelakon tersebut dipercayai datang ke rumah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang.

Wanita berusia 23 tahun mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus maki menggunakan kata-kata kesat. Berdasarkan siasatan polis, pergaduhan itu berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang pelakon dengan kenalannya.

Tambahnya, pelakon itu berang dengan permintaan bekas tunangnya lalu bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

Niat untuk menyelesaikan dengan cara baik

Sekadar gambar hiasan

Bekas tunang pelakon tersebut, dipercayai lambat membuat laporan polis kerana pada awalnya mahu menyelesaikan dengan cara yang baik. Namun, tidak sangka pelakon tersebut bertindak berlebihan.

Wanita terbabit ada mengambil gambar, namun dipadam oleh suspek secara senyap. Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku. Menurut mangsa dia lambat membuat laporan kerana pada awalnya mahu menyelesaikan perkara itu secara baik, namun bekas tunangnya telah bertindak berlebihan.

Suspek ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan, malam tadi. Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku seperti yang didakwa mangsa. Selepas keterangannya diambil, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×