berita

Berang Dituduh Mata Duitan, Ibu Tangmo Nida Mengamuk Nak Saman Netizen

March 18th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Umum tahu, kes kematian selebriti terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida nampaknya masih tidak menemui jalan penyelesaian. Namun begitu, ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin pula dituduh sebagai mata duitan sehingga sanggup menerima wang pampasan membuatkan dirinya terpaksa tampil untuk memberi amaran kepada netizen.

Artikel berkaitan : Didakwa Bertengkar Isu Kematian Tangmo Nida, Lelaki Maut Terjun Kondominium

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Kan Dah Kena’– Netizen ‘Puas Hati’ Tengok Rakan Baik Tangmo Nida Tunjal Kepala Kratik

Artikel berkaitan : Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Dedah Bukti Video Rakaman Suara Bergelut Atas Bot

Dituduh sebagai mata duitan

Panida meluahkan rasa geram serta mengatakan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang menyebarkan fitnah mengenai dirinya serta tidak teragak-agak untuk mengheret individu berkenaan ke muka pengadilan.

Mulai sekarang, saya akan tuntut individu yang menyebarkan fitnah pasal saya dan keluarkan berita tidak betul. Fitnah dan tuduhan kononnya saya ni suka duit dan tidak risaukan mengenai anak saya.

Disebabkan terdapat individu yang menuduhnya sebagai seorang ibu yang mata duitan, Panida akan melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa kerana sudah menyebarkan fitnah serta membuat cerita palsu.

Dulu ada yang kata saya ni ibu mata duitan. Lebih utamakan duit berbanding anak sendiri. Sekarang ini saya benar-benar nak ambil tindakan.

Bedah siasat kali kedua dijalankan

Dalam pada itu, mayat Tangmo telah dipindahkan daripada Institusi Perubatan Forensik, Hospital Polis ke Thammasat Chaloem Phrakiat Hospital untuk melakukan bedah siasat buat kali kedua. Pihak kakitangan hospital berkenaan telah membawa keluar peti mayat yang dibuat khas untuk pelakon tersebut sebelum dipindahkan ke bilik mayat.

Selain itu, ibu Tangmo bersama peguam turut hadir bagi menguruskan beberapa dokuman bersama kakitangan Institusi Sains Forensik di hosptal berkenaan. Walau bagaimanapun, Panida tidak ada sebarang keraguan mengenai keputusan sebelum ini kerana dia sudah melihat video hasil bedah siasat mayat anaknya secara terperinci daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Difahamkan, hasil bedah siasat berkenaan punca kematian Tangmo adalah disebabkan tertelan lumpur sehingga menyebabkannya tersedak. Petugas hospital turut mencukur rambut mendiang untuk memeriksa di bahagian kepala secara menyeluruh.

Tidak terhenti di situ, pihak hospital sebelum ini turut membiarkan Panida melihat jika terdapat sebarang luka di badan Tangmo, namun dia mengatakan tiada luka ditemui seperti mana yang didakwa malah keretakan di bahagian tengkorak dan tiada lebam pada otaknya serta tidak ada gigi yang patah.

Ada berita sebarkan gambar kata gigi Tangmo patah tapi tak tahu mana dia dapat sumber itu sebab gigi tak patah dan masih cantik lagi. Kalau muka lebam serta menjadi ungu tu sebab 3 hari berada dalam air.

Bahagian leher jadi gelap sebab Tangmo pakai 3 rantai. Mayat berada di dalam air terlalu lama menyebabkan rantai lehernya terputus dan garis-garis merah di kawasan dada itu adalah disebabkan cuticle mengendur. Hanya kakinya mempunyai satu luka.

Sumber : News Directory3, Harian Haluan.com

SKIP THIS AD ×