berita

Berang Hantar RM6k Secara Senyap Ke Kampung, Suami Pukul Isteri Guna Spanar Hingga Maut

January 1st, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai suspek utama dalam kes pembunuhan isterinya pada 16 Disember lalu.

Hantar wang ke kampung

Foto: Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan, suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Batu Gajah, Perak pada jam 12.30 tengahari, semalam.

Suspek adalah suami kepada mangsa dan sudah berkahwin kira-kira enam tahun lalu dan mempunyai empat orang anak yang berusia 1 hingga 5 tahun. Suspek mengaku memukul mangsa menggunakan spanar ketika kejadian pada 16 Disember lalu dan melarikan diri meninggalkan anak mereka.

Tambah suspek, punca pergaduhan berlaku disebabkan wanita itu mengambil wang simpanan berjumlah RM6,000 dan menghantar ke kampung tanpa pengetahuan suspek.

Suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×