berita

Berang Ibu Mentua Rampas Telefon Bimbit, Wanita Campak 2 Anak Dalam Perigi Sebelum Bunuh Diri

September 1st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana berlaku pertengkaran dengan ibu mentua, seorang wanita tergamak mencampak dua orang anak perempuannya ke dalam perigi sebelum bertindak membunuh diri.

Campak anak-anak dalam perigi

Foto: Latin Times

Memetik laporan Latin Times, tindakan kejam yang berlaku di Chhatarpur Madhya Pradesh, India itu berpunca daripada pertengkaran antara mangsa yang dikenali dengan nama Rani Yadav dan ibu mentuanya berhubung telefon bimbit. Pada awalnya, Rani menggunakan telefon bimbit si suami, Kanhaiya Yadav namun tindakan itu ditegur oleh ibu mentuanya. Tidak terhenti di situ, ibu mentua Rani dikatakam merampas telefon bimbit tersebut sehingga mencetuskan ketegangan.

Berikutan daripada insiden itu, Rani yang berada dalam keadaan marah bertindak mencampak dua orang anak perempuannya yang berusia 4 dan 10 tahun ke dalam perigi sebelum dia menggantung diri. Rani yang berusia 33 tahun itu serta anaknya berumur 10 tahun disahkan maut, manakala, anak bongsunya terselamat selepas tersangkut di bahagian dinding perigi berkenaan.

Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Latin Times

SKIP THIS AD ×