berita

Berang Isteri Tak Sediakan Sarapan Pagi, Suami Sanggup Kurung Isteri Dalam Bilik, Phone Kena Rampas

June 15th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berang dan sanggup mengurung isterinya gara-gara isterinya tidak menyediakan sarapan pagi di Bandar Bukit Tinggi, Klang semalam.

Kunci dari dalam rumah dan ambil telefon bimbit isteri

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner, Shamsul Amar Ramli, lelaki berkenaan dikatakan telah menolak kepala serta badan isterinya yang berusia 27 tahun itu sehingga jatuh.

Lebih teruk lagi apabila suaminya tergamak mengunci isterinya dari dalam rumah dan dia telah mengambil telefon bimbit untuk disimpan bagi mengelak isterinya mengadu atau menghubungi orang lain.

Selepas itu, mangsa dikunci dari dalam rumah dan telefon bimbitnya turut disimpan oleh suspek berusia 28 tahun bagi mengelak isterinya menghubungi orang lain.

Mangsa dikatakan telah meminta pertolongan daripada jiran depan rumahnya untuk menghubungi pihak polis dan anggota polis telah tiba ditempat kejadian bagi membantu mangsa untuk keluar dari rumah berkenaan serta membawanya ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kes terbabit.

Mempunyai rekod jenayah lampau

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan lelaki tersebut di rumahnya dan suspek telah mengaku bersalah atas kesalahannya itu.

Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di rumah sama pada jam 5.15 petang. Siasatan awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam kes itu.

Selepas disiasat, pihak polis mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod lampau yang berkaitan dengan jenayah dan siasatan lanjut diteruskan selepas permohonan reman diluluskan di Mahkamah Klang.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber : Sinar Harian

SKIP THIS AD ×