berita

Berang Kelas Lain Bising Masa Mengajar, Guru Paksa Pelajar Makan Sampah

January 28th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang guru di Sulawesi Tenggara, Indonesia didakwa memaksa beberapa murid di kelas lain untuk memakan sampah plastik sebagai denda kerana membuat bising di dalam kelas.

Paksa murid makan sampah

Sekadar gambar hiasan

Kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu di mana murid di kelas 3A dilaporkan telah membuat bising kerana guru kelas mereka belum tiba dan ketika itu guru yang dikenali sebagai MS sedang mengajar muridnya di Kelas 4.

Akibat tidak selesa, guru berkenaan bertindak untuk pergi ke kelas 3A untuk menegur murid-murid terbabit supaya tidak membuat bising lagi, namun mereka tidak mendengar kata. Berang tegurannya itu tidak diendahkan, MS kemudiannya kembali ke kelas berkenaan dengan membawa sampah yang diambil dari dalam tong sampah.

Menurut seorang murid di kelas 3A, guru terbabit dikatakan masuk ke dalam kelas dan menutup pintu sebelum memaksa beberapa murid untuk memakan sampah yang dibawa olehnya.

Cikgu tu ambil sampah dan bagi kami sampah. Sampah tu dia ambil dari tong sampah.

Kesal dengan apa yang dilakukan

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, kejadian berkenaan diketahui oleh para ibu bapa dan mereka membuat keputusan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Difahamkan pihak sekolah telah mengesahkan insiden berkenaan dan sudah memberi teguran kepada guru yang terlibat. Dalam pada itu, MS turut memohon maaf serta berasa kesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya.

Kami dah tegur guru berkenaan dan hasil perbincangan dengan ibu bapa murid, guru itu sudah menyesali perbuatannya dan memohon maaf atas apa yang terjadi.

Sumber : Tribun News

SKIP THIS AD ×