berita

Berang Panggilan Tak Dijawab, Ibu Cekik & Pijak Leher Sampai Anak Pengsan, Siap Video Call Suami Lagi!

March 5th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara berang kerana si suami tidak menjawab panggilan telefon, seorang wanita yang bergelar ibu tergamak mencekik dan memijak leher anak kandungnya. Namun apa yang paling tidak disangka-sangka, wanita ini turut melakukan aksi tidak berperikmanusiaan itu sambil video call suaminya. Memang kejam!

Dera sambil video call

Foto: Sin Chew Daily

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada World Of Buzz, rakaman video insiden yang menimpa kanak-kanak perempuan dari Thailand ini telah tersebar di media sosial sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Mereka tidak sangka, seorang ibu tergamak melakukan perkara seperti itu terhadap anak kandungnya yang berusia tiga tahun.

Menurut sumber, wanita berkenaan nekad bertindak sedemikian kerana berang si suami yang bekerja di Bangkok tidak menjawab panggilan telefonnya sebelum ini. Disebabkan itulah, wanita ini menggunakan anaknya sebagai ‘umpan’ untuk menakutkan serta membuatkan suaminya itu rasa bersalah.

Sampai pengsan dibuatnya

Foto: Sin Chew Daily

Wanita ini kemudian terus mendera anaknya secara fizikal sebaik sahaja selepas panggilan videonya dijawab oleh si suami. Dari dalam video turut kelihatan kanak-kanak malang itu sudah menangis dan menjerit kesakitan selepas lehernya dicekik dan dipijak oleh si ibu.

Tetapi, wanita berkenaan langsung tidak menghiraukannya malah dia tergamak menyuruh anaknya melutut semata-mata mahu menaikkan kemarahan si suami. Namun, tidak lama kemudian, kanak-kanak itu pengsan dan tidak disedarkan diri.

Merayu dan minta maaf

Foto: Sin Chew Daily

Selepas menonton video tersebut di media sosial, keluarga suaminya telah menghubungi pihak polis melaporkan tentang kejadian. Kanak-kanak itu kemudian diambil dan dijaga oleh keluarga suaminya.

Difahamkan juga, pasangan ini mempunyai seorang lagi anak yang berusia satu tahun dan kini dijaga oleh ibu bapa wanita berkenaan. Wanita ini juga dikatakan telah meminta maaf dan mengaku bersalah atas tindakannya itu tetapi keluarga mertuanya enggan memaafkan sebaliknya mereka menyerahkan segalanya kepada kepada pihak berkuasa. Kes ini masih lagi dalam siasatan dan wanita terbabit telah didakwa kerana melanggar Akta Perlindungan Anak.

Sumber: World Of Buzz

SKIP THIS AD ×