berita

Berang Pemandu Bawa Kereta Laju Di Jalan Kampung, Lelaki Menyamar Tengah Buat ‘Speed Trap’

May 9th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya terutamanya di musim perayaan, namun semua itu seolah sia-sia jika masih wujud segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri. Antara undang-udang yang sering tidak dipatuhi pengguna jalan raya adalah had laju.

‘Fake’ speed trap guna ring light

Foto: Tiktok fiezamieza

Seperti yang dikongsikan pengguna yang dikenali sebagai Fieza di laman Tiktok, hampir setiap hari ada yang memandu melebihi had laju di jalan kampung di hadapan rumahnya. Mungkin ‘geram’ dengan sikap segelintir pemandu tersebut, seorang lelaki terpaksa mengambil langkah penyelesaian yang lebih ‘unik’.

Menerusi video tersebut, bapa kepada seorang pemilik video Tiktok itu tampil dengan idea yang bernas iaitu menyamar seperti polis trafik yang sedang merakam pemandu laju. Bukan setakat berdiri di tepi jalan, ayahnya malah menggunakan ‘ring light’ serta beberapa barangan lain yang kelihatan seolah-olah seperti seorang polis trafik yang sedang melakukan operasi ‘speed trap’.

Menurutnya, tindakan ayahnya itu berjaya membuat beberapa pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut pada ketika itu memperlahankan kenderaan mereka.

‘Terbaik… suruh ayah pakai hair dryer, baru real’

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 230 ribu tontonan, dan 19.5 ribu tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si ayah. Ada juga yang ‘tambah’ idea-idea yang bernas bagi membantu memberikan pelajaran kepada golongan pemandu yang tidak patuh had laju.

Sumber: fiezamieza

SKIP THIS AD ×