berita

Berang Permintaan Beli Motor Baru Tak Dilayan, Penagih Didakwa Tampar & Pukul Ibu Sendiri

July 9th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Anggota polis menahan seorang lelaki yang juga merupakan penagih dadah selepas didakwa menampar dan memukul ibunya sendiri. Kejadian yang berlaku di Kangar Perlis pada Sabtu lalu difahamkan berpunca akibat permintaannya tidak dipenuhi ibu.

Minta motosikal baru

Suspek dipercayai mengamuk apabila permintaannya untuk dibelikan motosikal baru tidak dilayan ibunya yang sudah berusia 56 tahun. Kejadian berlaku lebih kurang jam 5 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, mangsa ditampar, diugut, dipukul dan diseret oleh suspek sebelum mangsa membuat laporan.

Direman bermula hari ini

Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, namun masih trauma dan ketakutan akibat kejadian dipukul suspek yang juga penagih dadah.

Suspek direman empat hari bermula hari ini, mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana memukul, menumbuk dan mengugut mangsa, katanya.

Suspek yang tidak bekerja meminta sejumlah wang dari ibunya sebelum suspek bertindak menampar muka dan memukul di kepala, kaki dan tangan kerana beranggapan mangsa berbohong tidak mempunyai wang.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×