berita

Berang Suami Nak Kahwin Lain, Wanita Sanggup Upah Orang Simbah Asid Pada Suami

January 6th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita di Sumatera Utara, Indonesia dipercayai menjadi dalang utama merancang menyimbah asid ke atas suaminya gara-gara sakit hati si suami ingin berkahwin lain.

Sanggup upah orang untuk simbah asid

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan CNN Indonesia, kejadian berkenaan berlaku di Dusun Punggulan, Kecamatan Air Joman, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara Indonesia. Wanita berkenaan dilaporkan telah mengupah dua individu untuk menyimbah asid pada suaminya.

Menurut Ketua Polis Daerah Asahan, AKBP Putu Yudha Prawira, kejadian terbabit berlaku pada 29 Disember 2021 dan anak mangsa telah membuat keputusan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Barang bukti yang telah dirampas oleh pihak polis adalah sebuah motorsikal Honda Scoopy, kad bank, botol minuman bir, jaket berwarna oren, baju berwarna merah dan juga 4 telefon bimbit.

Dalam pada itu, si suami yang merupakan mangsa kejadian terbabit mengalami kecederaan yang parah serta melecur.

Berang suami nak kahwin lain

Susulan daripada itu, anggota Unit Jatanras Polis Asahan bersama Unit Polis Air Joman bergegas ke tempat kejadian bagi memeriksa serta menyoal siasat beberapa saksi yang melihat jadian berkenaan.

Ketika pihak polis menyoal siasat, suspek akhirnya mengaku bahawa mereka telah melakukan perbuatan berkenaan kerana si isteri berang gara-gara suaminya ingin kahwin lain.

Dia mengaku terlibat dengan kes curah asid ke atas suaminya dan telah merancang jenayah itu dengan rakannya dan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Sumber : CNN Indonesia

SKIP THIS AD ×