berita

Berang Tak Dapat RM5, Anak Baling Telefon Pada Wajah Ibu Kandung Hingga Berdarah

February 16th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara tidak mendapat wang yang diinginkan, seorang lelaki tergamak mencederakan ibu kandungnya dengan membaling telefon bimbit ke arah wajah wanita itu.

Berang tak dapat duit RM5

Foto: Suara.com

Memetik laporan Suara.com, insiden tersebut berlaku semasa suspek datang ke Masjid Hikmah Al Masturo, Indonesia untuk meminta wang berjumlah Rp 20 ribu (RM5.87) daripada ibu kandungnya. Tetapi wanita berkenaan yang bekerja sebagai penjaga masjid enggan memberikan wang tersebut dan ianya ianya secara tidak langsung membuatkan suspek bertambah berang.

Difahamkan, pada awalnya suspek sudah datang ke masjid dan mencari mangsa tetapi tidak menjumpainya. Dia akhirnya pulang dan tidak lama kemudian kembali semula ke masjid dan bertemu mangsa. Suspek yang beremosi pada ketika itu terus mengamuk dan memaki mangsa di hadapan orang ramai.

Baling telefon pada wajah ibu

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, orang ramai yang berada di lokaasi kejadian sudah cuba menasihati dan menegur suspek akan tindakan biadapnya namun teguran itu langsung tidak diendahkan. Suspek terus mendesak mangsa dan wanita tersebut memberitahu bahawa dia tidak mempunyai wang.

Berang dengan jawapan yang diberikan, suspek bertindak agresif dengan membaling telefon bimbit ke wajah ibu kandungnya itu sehingga berdarah. Saksi yang berada di lokasi kejadian segera membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan dan mangsa dikatakan mengalami kecederaan di dahi. Difahamkan, mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Video yang viral di media sosial itu telah mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata daripada mereka bersimpati dengan keadaan wanita terbabit yang hanya mampu menangis dan menahan kesakitan dengan keadaan dahinya dipenuhi dengan darah.

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×