berita

Berang Tak Dihulur Bantuan Kewangan, Lelaki Tikam Saudara Isteri Sampai Mati

May 22nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara tidak diberi bantuan kewangan, seorang lelaki di Thailand disyaki menikam saudara isterinya sehingga mati dan tergamak mencederakan anak saudara berusia 18 tahun.

Bunuh saudara isteri

Foto: The Thaiger

Memetik laporan The Thaiger, lelaki yang dikenali sebagai Top yang telah melarikan diri selepas melakukan serangan tersebut kemudian bertindak menyerah diri kepada pihak polis keesokan harinya. Semasa soal siasat, suspek mendakwa pembunuhan tersebut berlaku tanpa sengaja dan tidak melibatkan kecurian.

Sebaliknya, suspek yang berusia 28 tahun itu memberitahu bahawa dia dan isterinya berdepan dengan masalah berhubung isu keluarga selain  mengesyaki isterinya itu bermain kayu tiga. Oleh hal demikian, dia membuat keputusan untuk pergi ke rumah saudara-mara isterinya untuk mencari tahu berhubung isu terbabit.

Kebetulan pada waktu itu, rumah mangsa yang terang dengan cahaya lampu telah mendorong suspek untuk menyiasat. Susulan daripada itu, berlakunya perselisihan faham yang akhirnya membawa kepada pembunuhan.

Ketika ditanya wartawan sama ada dia akan meminta maaf kepada keluarga mangsa, Top berdiam diri dan tidak memberikan sebarang jawapan lanjut.

Sumber: The Thaiger

SKIP THIS AD ×