Sejak beberapa hari lalu, tular di media sosial memaparkan seorang remaja bertindak ganas dengan menyerang ibu kandungnya gara-gara berang telefon bimbitnya dirampas.
Artikel Berkaitan: Remaja Dibogel, Dibelasah & Mata Disapu Serbuk Cili Gara-Gara ‘Tauke’ Berang Sepaket Jajan Dicuri
Artikel Berkaitan: Polis Siasat Video Wanita Dibelasah Di Tangga
Serang ibu sebab telefon dirampas
Menurut sumber, kejadian yang dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada Julai lalu namun baru sahaja tular selepas dimuat naik di media sosial.
Berdasarkan rakaman pendek itu, kelihatan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bertindak menyerang dan menolak tubuh ibunya ke dinding. Ketika serangan berlaku, mangsa sedang berdiri di hadapan lif di stesen kereta api bersama anak bongsunya (adik suspek). Si kecil yang panik melihat keadaan ibunya kemudian cuba membantu dengan menarik tangan abangnya.
Kebetulan pada ketika itu, salah seorang pekerja stesen kereta api melihat insiden itu dan cuba meleraikan. Suspek yang menyedari kehadiran individu terbabit bertindak lebih agresif dengan menolak dan menendang ibunya. Suspek kemudian menjerit dan meminta ibunya memulangkan kembali telefon bimbit miliknya.
Si ibu yang berang melihat sikap anak lelakinya itu telah melemparkan telefon berkenaan ke lantai berkali-kali. Tindakan itu membuatkan suspek bertambah berang namun suspek tidak sempat menyerang ibunya kerana dihalang oleh pekerja stesen kereta api berkenaan. Pergelutan berakhir selepas pihak polis tiba di lokasi kejadian.
Sumber: South China Morning Post (SCMP)