berita

Berang Tengok Ibu Dicekik & Ditikam, Remaja Pukul Abang Dengan Kayu Sampai Mati

March 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Demi mempertahankan keselamatan ibunya, seorang remaja lelaki sanggup memukul abang kandungnya menggunakan kayu sehingga maut di Desa Peniaran, Sumatera, Indonesia.

Mencekik leher ibunya

Menerusi laporan Tribun News, mangsa yang berusia 34 tahun telah datang ke rumah ibunya dalam keadaan marah tanpa sebab lalu mencekik leher ibunya. Menurut pihak berkuasa, suspek yang berada di rumah cuba meleraikan ketegangan dengan dibantu oleh seorang abangnya yang lain. Namun keadaan lebih tegang apabila mangsa mengeluarkan gunting dengan niat menikam ibunya.

Walau bagaimanapun, ibunya sempat dibawa lari oleh ahli keluarganya yang lain dan mangsa cuba mengejar. Berang dengan kejadian pada masa tersebut, suspek menyerang dan memukul mangsa menggunakan kayu sehingga maut. Selepas kejadian, suspek dipercayai telah menyerah diri di balai polis yang berhampiran. Suspek turut pasrah dan bersyukur ibunya selamat.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×