berita

Berang Tewas Main Kuiz, Pengantin Lelaki ‘Bantai’ Kepala Isteri Atas Pelamin

June 15th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tindakan seorang pengantin lelaki yang tergamak menumbuk kepala isterinya di atas pelamin hanya kerana tidak dapat menerima kekalahan dalam satu permainan yang dimainkan dalam majlis perkahwinan mereka.

Tetamu lain terus terdiam

Menerusi video yang dimuat naik MailOnline, kejadian tersebut berlaku ketika pasangan mempelai itu sedang berdiri di atas pentas beberapa ketika selepas permainan selesai.

Selepas menyedari bahawa dia kalah di tangan isterinya, lelaki tersebut tiba-tiba menumbuk belakang kepala wanita malang itu dengan kuat.

Pengantin perempuan itu dilihat tercengang dengan tindakan suaminya sebelum menangis kesakitan. Semua tetamu yang pada asalnya bersorak dan tertawa juga terdiam melihat insiden tersebut.

Wanita itu kemudian dibawa turun dari atas pelamin oleh pengapit sambil tangannya kekal memegang bahagian kepala yang ditumbuk.

Menurut laporan MailOnline, tiada kenyataan daripada pihak berkuasa yang dibuat mengenai kejadian tersebut.

Rakaman perkahwinan itu menjadi tular di media sosial Asia Tengah dan rata-rata warganet menyelar perbuatan pengantin lelaki itu, dan berharap wanita tersebut mengambil tindakan yang sewajarnya.

Video

Sumber: MailOnline

SKIP THIS AD ×