berita

Berani & Lantang! Rakyat Malaysia Kagum Dengan Ucapan Tun M Di UNGA

September 29th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ucapan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-73 di New York, Amerika Syarikat semalam telah mendapat pujian daripada netizen. Malah, sejurus selepas menghabiskan ucapan Tun menjadi tumpuan di belakang pentas.

Ucapan Tun Dr Mahathir di UNGA

Dengan tegas, Tun dalam ucapannya menyentuh isu Palestin dan cengkaman kuasa Israel yang membawa pelbagai masalah.

Dunia tidak peduli walaupun Israel melanggar undang-undang antarabangsa, merampas kapal yang membawa ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan di perairan antarabangsa.

Selain itu, Tun turut membidas Myanmar di atas apa yang berlaku kepada golongan Rohingya di Rakhine. Menurut Tun, tidak bererti sebuah negara yang merdeka, mereka bebas untuk melakukan apa sahaja.

Antara lain, Malaysia mengemukakan cadangan supaya kuasa veto PBB hanya dianggotai dua kuasa besar dunia dan bukan lima. Kuasa veto itu perlu disokong oleh tiga lagi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Malah, beliau mencadangkan sebarang resolusi perlu mendapatkan majoriti mudah anggota.

Rakyat Malaysia amat berbangga

Sumber : Jefri Md Nor

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×