berita

‘Berapa Duit Sayang Nak Pakai?’ – Suami Hulur Sampul Tebal, Tak Sangka Ini Yang Diterima Isteri

September 10th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Ramai di antara kita mempunyai pendapat melanjutkan pelajaran selepas mendirikan rumah tangga adalah sesuatu yang sukar. Apatah lagi untuk bahagikan masa antara fokus dalam pelajaran dan kebahagiaan rumah tangga. Tak semua pasangan dapat memberi komitmen dan memahami situasi sebegini.

Lain pula dengan pengguna Facebook, Nik Yam Chik Zainab ini turut berkongsi pengorbanan suami dan keluarga mentua yang sentiasa memberi sokongan untuk dia melanjutkan pelajaran di peringkat Master. Part terima sampul tebal dari suami tu memang seronok habis!

Keluarkan sampul rasa tebal

Semalam hantar suami ke stesen bas. On the way balik tekak teringin nak minum ice blend mocha McD. Tengah queue check duit dalam purse dan terperasan sampul ni. Masa pegang untuk keluarkan sampul ni rasa macam ehhh tebalnya.

Otak terus fikir ni mesti kerja suami. Suami ni kalau depan orang nampak serius. Tapi perangai kuat menyakat bini dia jelah tahu macam mana. So fikir tebal ni mesti suami letak duit singgit-singgit. Buka je sampul terus meleleh air mata. Dengan surat yang suami tinggalkan. Dan ayat suami supaya belajar bersungguh-sungguh.

Lepas kahwin itu hari suami hantar balik Perak. Teringat masa tu suami tanya, “Sayang, berapa duit sayang nak pakai?” Bagitau suami bagi RM100 cukuplah termasuk barang keperluan. Lepas beli barang semua total baki ada RM15+-.

Pakai duit tu sempat survive hidup untuk beberapa hari. Dan masa tu berjinak-jinak buat bisnes sendiri. Alhamdulillah, dengan duit suami bagi itulah ada juga duit dalam tangan sementara tunggu bisnes mencanak. Suami tak tahu pon sebab bagitau suami ada duit.

Mak mentua siap nak buat solat hajat

Dan keputusan untuk sambung belajar ini adalah salah satu keputusan yang kami dah bincang sebelum kahwin lagi. Bila sampai masa memang bagitau suami yang pasal duit tu tak payah fikir. Tapi tak sangka dalam diam suami selit juga duit. Potong bawang betullah.

Semalam juga la mak mertua bagitau nak buat solat hajat minta Allah permudahkan urusan saya sambung belajar. Belum masuk part mak mertua berlari lari stop kereta semata mata nak bagi duit belanja untuk sambung belajar. Anugerah apa lagi yang paling terindah nak dibandingkan dengan dapat mertua dan suami yang baik.

Suami banyak ajar dan tunjuk benda baik terutama sekali bab menghulur. Menghulur bukan tanda kita kaya, tapi tanda kita sedar dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jangan tunggu kaya baru nak belajar menghulur sebab jadi manusia ini lumrahnya takkan pernah rasa cukup.

Apa pun terima kasih kepada suami, ummi, mertua, dan keluarga atas sokongan dan dorongan yang tak henti dari dulu sampai sekarang. Doakan moga Nik Yam dapat habiskan Master secepat mungkin, dapat posting dan dapat hidup sebumbung dengan suami.

Mak mentua bagi duit belanja

Menerusi laporan dari mStar, Nik Yam sangat bersyukur kerana diterima keluarga mentua yang baik sebegini dan sentiasa memberi sokongan buat dirinya demi mencapai cita-cita.

Saya dah tak ada ayah, dari dulu saya berdoa diberi mentua yang baik. Mak ayah dia layan saya macam anak sendiri. Ada satu malam tu, suami nak undur kereta nak hantar saya balik. Mak mentua berlari-lari nak stop kereta semata-mata nak bagi duit belanja untuk sambung belajar.

Sumber: Nik Yam, mStar

SKIP THIS AD ×