berita

Berat 38kg, Dipanggil Papan, Gadis ‘Penat’ Kena Body Shaming Sejak Dari Zaman Sekolah

March 26th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tindakan ‘body shaming’ atau memperlekeh dan mengkritik penampilan mahupun rupa paras seseorang bagaikan ‘barah’ dalam masyarakat pada hari ini. Tambahan pula dengan adanya media sosial, makin rancak individu tidak bertanggungjawang ini ‘body shaming’ orang lain.

‘Body shaming’ selalu dihadapi oleh golongan yang sangat kurus serta golongan yang berbadan besar. Hal ini terjadi kerana orang sekeliling yang memandang rendah terhadap fizikal seseorang termasuklah ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalan di sosial media.

Dipanggil tiang, doktor kata sihat dan semua okay

Tular di aplikasi TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Syiera yang telah menjadi mangsa ‘body shaming’ sejak dari alam persekolahan lagi. Hal ini kerana, ketinggiannya 171cm manakala berat badannya 38kg dan dia dipanggil ‘tiang’, ‘kepeng’, ‘papan’ dan ‘panjang’. Dia telah berjumpa dengan doktor bagi mengetahui tahap kesihatan dirinya. Namun, doktor memberi tahu yang tahap kesihatannya berada dalam keadaan yang baik. Tetapi dia berasa tertekan emosi akibat diejek sampai memikir untuk tidak mahu hidup lagi.

‘Tak makan ke’ padahal makan macam bela saka

Akibat terlalu banyak komen negatif terhadap dirinya, wanita terbabit telah mencuba produk makanan tambahan tertentu. Namun, produk tersebut tidak memberi hasil yang positif. Syiera juga pernah difitnah kononnya mengambil bahan terlarang kerana saiz badannya terlalu kurus dan ‘slim’. Di media sosial mungkin nampak bahagia, seronok dengan kehidupannya sebagai seorang model, tetapi tiada siapa yang tahu ‘struggle’ untuk menempuhi pelbagai tomahan terhadap dirinya.

Sesetengah netizen telah salah anggap mengenai tujuannya membuat video mengenai dirinya menjadi  mangsa ‘body shaming’. Akan tetapi, tujuannya adalah untuk membuka mata orang ramai bahawa orang yang kurus atau ‘slim’ juga tidak terkecuali kena ‘body shaming’.

Video penuh :

@syiera.eyyaluka body shaming tu mendalam ya ?#bepositive #bodyshaming? Arcade – Duncan Laurence

@syiera.eyyaReply to @littlehoneyleen betul tak tipu ?? original sound – Syiera Eyya

@syiera.eyyahuhu .. merohhhh nya lipstickk? original sound – Syiera Eyya

Sumber : syiera.eyya

SKIP THIS AD ×