berita

‘Berat Aku Bawa Watak Anak Derhaka ’ – Tengking & Marah Ibu, Lakonan PU Azman Bikin Ramai ‘Terpukau’

April 26th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Ustaz Selebriti terkenal, PU Azman atau lebih dikenali sebagai Cik Man sering membuatkan warganet terhibur dengan karakternya serta cara dakwahnya di media sosial diterima dengan selesa.

Sebelum ini, Cik Man juga telah berjinak-jinak dalam industri lakonan dan baru-baru ini wataknya telah mengejutkan ramai orang kerana dia memegang watak sebagai anak derhaka.

PU Azman siap menengking-nengking watak ibu

Menerusi video viral yang dikongsikan semula oleh PU Azman di akaun Instagram memaparkan dirinya sedang berlakon dalam satu drama berjudul ‘Bila Syaitan Berbisik’. Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila melihat Cik Man sangat menjiwai wataknya sebagai anak derhaka dengan meninggikan suara kepada ‘ibu’ dalam drama tersebut.

Dalam kesempatan itu, PU Azman mengakui berasa berat untuk membawa watak tersebut kerana babak berkenaan membuatkan dia mengingati arwah ibunya. Meskipun tidak pernah derhaka seperti dalam drama itu, tetapi apabila ada babak yang melibatkan hubungan  antara ibu dan anak ianya secara tidak langsung membuatkan hatinya sayu dan sedih.

Berat aku nak bawa watak ni. Teringat arwah mak. Aku tak lah derhaka sampai macam tu.

‘Berat aku nak bawak watak ni. Teringat arwah mak’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

‘Power Cik Man berlakon’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memuji lakonan PU Azman dan ada juga dikalangan artis yang puji cara PU Azman berdakwah dalam segala bentuk platform.

Sumber : puazmanofficial

SKIP THIS AD ×